
Hospital Seri Iskandar telah menerima kunjungan Lawatan Audit Hospital Performance Indicator Approach (HPIA) daripada Hospital Slim River dan Hospital Batu Gajah.
Lawatan ini menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik dalam pelaksanaan HPIA, di samping memperkukuhkan budaya kualiti, keselamatan pesakit dan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Hospital Slim River dan Hospital Batu Gajah atas kunjungan serta komitmen yang diberikan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pihak dan terus memperkukuhkan jaringan kerjasama antara hospital demi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengalaman pesakit.
Bersama Memperkasa Kualiti, Demi Keselamatan dan Kesejahteraan Pesakit.


