my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

LAWATAN MUHIBAH HOSPITAL MESRA IBADAH

MEMPERKUKUH HOSPITAL MESRA IBADAH MELALUI PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK
 
29 JULAI 2026 | LAWATAN MUHIBAH HOSPITAL MESRA IBADAH
Alhamdulillah, Hospital Seri Iskandar telah mengadakan Lawatan Muhibah Hospital Mesra Ibadah ke Hospital Slim River pada 29 Julai 2026 sebagai usaha memperkukuh pelaksanaan inisiatif Hospital Mesra Ibadah melalui perkongsian pengalaman, penanda aras dan amalan terbaik.
Delegasi Hospital Seri Iskandar diketuai oleh En. Syamil bin Azahari bersama 22 orang Ahli Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI). Kehadiran delegasi telah disambut mesra oleh Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah Hospital Slim River.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr. Muhammad Firdaus bin Mohd. Fauzi, Timbalan Pengarah Perubatan I, sebelum diteruskan dengan sesi taklimat mengenai pelaksanaan Hospital Mesra Ibadah yang disampaikan oleh Ustaz Nor 'Azamuddin bin Mohsen Safwan, Ketua Unit Hal Ehwal Islam Hospital Slim River.
 
Sepanjang lawatan, pelbagai perkongsian ilmu, pengalaman dan perbincangan telah diadakan berkaitan pelaksanaan Hospital Mesra Ibadah. Sesi ini membuka ruang kepada kedua-dua hospital untuk saling bertukar pandangan, mengenal pasti amalan terbaik serta memperkukuh jaringan kerjasama dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang holistik, berkualiti dan berteraskan nilai ihsan.
Hospital Seri Iskandar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah Hospital Slim River atas sambutan yang amat baik serta kesudian berkongsi pengalaman dan kepakaran sepanjang lawatan ini.
Semoga jalinan kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuh, sekali gus menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan pelaksanaan Hospital Mesra Ibadah demi kesejahteraan pesakit, waris dan warga kerja.
 
✨ "Berkongsi Pengalaman, Memperkasa Perkhidmatan Berteraskan Ihsan."

googlemap1

HOSPITAL SERI ISKANDAR
32600 Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan

  05-373 0000
   hseriiskandar@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

006559
Today: 89
Total: 6,559

Tarikh Kemaskini

  • 07 September 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |  SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video