
6 Februari 2026 – Hospital Seri Iskandar telah menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada Hospital Sungai Siput sebagai sebahagian daripada persediaan pelaksanaan projek naik taraf wad di Hospital Sungai Siput.
Lawatan ini membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman melalui penilaian reka bentuk, susun atur serta keadaan fizikal wad secara langsung, selain pertukaran pandangan mengenai amalan terbaik yang boleh dijadikan rujukan sepanjang pelaksanaan projek kelak.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Hospital Sungai Siput atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Semoga kolaborasi strategik ini menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti, selesa dan berfokuskan pesakit.


