
13 Mac 2026 – Hospital Seri Iskandar telah menerima lawatan protokol kali ke-2 daripada wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK Perak) yang diketuai oleh Tn. Azahari Efendi bin Abd Rahim, Ketua Protokol & Istiadat, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat SUK Perak.
Lawatan ini diadakan bagi tujuan perbincangan dan penelitian berkaitan persiapan serta aspek protokol sempena Majlis Perasmian Hospital Seri Iskandar yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.
Lawatan turut meninjau beberapa lokasi utama di sekitar hospital bagi memastikan kelancaran perjalanan majlis serta pematuhan kepada tatacara protokol yang telah ditetapkan.
Diharapkan hasil lawatan ini dapat membantu memastikan segala persiapan bagi majlis perasmian dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan lancar.


