
4 Februari 2026 – Satu lawatan tapak telah diadakan sempena persiapan Majlis Perasmian Hospital Seri Iskandar yang melibatkan kehadiran Pegawai Protokol, pasukan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), wakil Pejabat Daerah dan Tanah, serta wakil Jabatan Kerja Raya (JKR).
Lawatan ini bertujuan meneliti keperluan lokasi, susun atur dan aspek teknikal bagi memastikan kelancaran penganjuran majlis perasmian agar dapat dilaksanakan dengan teratur, sempurna dan mengikut protokol yang ditetapkan.


