
Hospital Seri Iskandar telah mengadakan satu Majlis Apresiasi bagi meraikan Pakar Pediatrik Lawatan dari Hospital Seri Manjung, Dr. Chandran, sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang bertugas di hospital ini.
Pihak hospital merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan serta dedikasi beliau dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan organisasi.
Semoga Dr. Chandran terus maju jaya dalam setiap amanah dan tanggungjawab yang bakal dilaksanakan pada masa hadapan.


