
13 Mac 2026 – Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Hospital Seri Iskandar sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Program ini diadakan di Dewan Persidangan Aras 3 dengan penyertaan warga kerja hospital yang bersama-sama mengimarahkan Ramadan melalui penghayatan dan pengkhataman Al-Quran. Majlis ini turut diketuai oleh Ustaz Mohamad Amirul Fahmi bin Zulkefli.
Selaras dengan tema “Al-Quran Penawar Hati, Ramadhan Dihayati”, program ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi semangat kecintaan terhadap Al-Quran serta memperkukuh nilai spiritual dalam kalangan kakitangan hospital.
Semoga segala usaha dan penglibatan semua pihak dalam menjayakan majlis ini mendapat keberkatan serta ganjaran daripada Allah SWT. 

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.


