
27 Februari 2026 - Perhimpunan Bulanan Februari telah diadakan di Dewan Persidangan. Majlis diserikan dengan kehadiran Dr. Irene, Pegawai Perubatan UD14 dan turut disertai oleh ketua-ketua unit serta warga kerja Hospital Seri Iskandar.
Bertemakan "Membudayakan Ikhlas Dalam Perkerjaan", majlis diisi dengan slot renungan pagi yang telah disampaikan oleh En. Zulhilmi dari Unit Farmasi yang mengupas berkaitan ciri-ciri penjawat awam yang ikhlas bekerja.
Mesej ini disambut baik oleh Dr. Irene menerusi sesi ucapan beliau yang berkisar tentang penyakit barah dan integriti penjawat awam.
Tayangan video montaj berkaitan aktiviti yang dijalankan pada bulan ini turut dipaparkan. Lebih manis, 3 perayaan kaum utama di Malayisa telah disambut di peringkat hospital pada bulan ini iaitu Sambutan Hari Pongal, Tahun Bari Cina dan Bulan Ramadan. Walaupun disambut secara sederhana, ingatan dan pemberian yang dilakukan berjaya memupuk nilai hormat, perpaduan dan keharmonian.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Unit Farmasi, Unit Lelaki dan Wad Lelaki atas penganjuran program pada kali ini. Semoga seluruh warga kerja Hospital Seri Iskandar dapat terus berkhidmat dengan ikhlas demi kesejahteraan komuniti setempat.


