
27 Februari- Ramadan mengajar erti kebersamaan dan berkongsi rezeki.Program Memasak Bubur Lambok anjuran KERISDAR dengan kerjasama Hospital Mesra Ibadah, sebagai wadah mengeratkan ukhwah dan menyebar kebaikan.
Program ini bukan sekadar memasak, malah menjadi ruang kebersamaan untuk berkhidmat, berkongsi tenaga dan menyemai nilai keprihatinan dalam kalangan warga hospital Seri Iskandar.
Bersama kita hidupkan semangat Ramadan dengan amal dan kebajikan.


