
14 Mac 2026 - Program Singgah Sahur anjuran KERISDAR merupakan satu inisiatif kebajikan yang dilaksanakan bagi menghargai komitmen warga Hospital Seri Iskandar yang bertugas pada waktu malam sepanjang bulan Ramadan. Program ini bertujuan menyemarakkan semangat kebersamaan serta memupuk budaya saling menghargai dalam kalangan warga kerja hospital.
Di samping itu, program ini turut menyampaikan juadah sahur kepada petugas barisan hadapan sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan pengorbanan mereka dalam memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.
Bertepatan dengan slogan “Singgah Sahur, Tambah Berkat”, program ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta menyuntik semangat dan motivasi kepada anggota yang bertugas agar terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan penuh empati kepada pesakit, walaupun dalam suasana bertugas pada waktu malam sepanjang bulan yang mulia.


