my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗨𝗟 𝗘𝗫𝗖𝗘𝗟𝗟𝗘𝗡𝗖𝗘 𝗔𝗪𝗔𝗥𝗗 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗜 𝗕𝗢𝗢𝗧𝗖𝗔𝗠𝗣 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛! 𝗪𝗔𝗞𝗜𝗟 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗜𝗦𝗞𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗨𝗟 𝗘𝗫𝗖𝗘𝗟𝗟𝗘𝗡𝗖𝗘 𝗔𝗪𝗔𝗥𝗗 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗜 𝗕𝗢𝗢𝗧𝗖𝗔𝗠𝗣 𝟮𝟬𝟮𝟲
 
2 OGOS 2026 - Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Muhammad Afiq Rohimi, Pakar Perubatan Dalaman merangkap Ketua Unit Perubatan, Hospital Seri Iskandar, bersama rakan sepasukan daripada kalangan pelajar pascasiswazah Sains Data, atas kejayaan merangkul Excellence Award dalam AI in Healthcare Bootcamp 2026 anjuran Universiti Malaya melalui MOHEAL / AI Summit & Innovation.
 
🏆 Pasukan Kumpulan 8 berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM900 menerusi projek inovasi “Cun_Mask”, iaitu sebuah algoritma Edge AI berasaskan seni bina YOLOv5 yang dijalankan pada peranti NVIDIA Jetson dan dilatih menggunakan dataset daripada Kaggle.
Menariknya, sistem ini mampu mengesan pemakaian pelitup muka dengan ketepatan sehingga 88%, sekali gus menunjukkan potensi untuk diaplikasikan dalam pemantauan pematuhan langkah-langkah kesihatan awam, khususnya di kawasan berisiko tinggi.
 
💡 Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan Hospital Seri Iskandar, malah mencerminkan komitmen dan keberanian warga hospital dalam meneroka teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai pemangkin inovasi serta penambahbaikan perkhidmatan kesihatan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Hospital Seri Iskandar untuk terus mencipta, meneroka dan menginovasi demi masa depan penjagaan kesihatan yang lebih pintar, cekap dan berimpak.
 
Tahniah Dr. Muhammad Afiq Rohimi dan pasukan! 👏🎉
Teruskan melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama Hospital Seri Iskandar!

googlemap1

HOSPITAL SERI ISKANDAR
32600 Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan

  05-373 0000
   hseriiskandar@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

006559
Today: 89
Total: 6,559

Tarikh Kemaskini

  • 07 September 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |  SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video