
6 Februari 2026 – Hospital Seri Iskandar telah meraikan Perayaan Pongal dalam suasana penuh kemeriahan dan harmoni, dengan penyertaan warga kerja hospital serta kehadiran Pengarah Hospital Seri Iskandar, Dr. Ngo Siok Yung. Sambutan ini diadakan sebagai tanda kesyukuran atas rezeki dan hasil usaha
, di samping menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi teras kekuatan organisasi. 
Majlis ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga hospital, malah mencerminkan komitmen Hospital Seri Iskandar dalam memupuk semangat perpaduan, toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain. Diharapkan sambutan seumpama ini dapat terus menjadi platform untuk memperkukuh kebersamaan serta mewujudkan persekitaran kerja yang positif dan inklusif.


