
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗢𝗟𝗢𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 :“𝗠𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗣𝗲𝗺𝗼𝗱𝗲𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻, 𝗠𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻”
Warga Hospital Seri Iskandar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Penolong Pegawai Perubatan atas dedikasi, komitmen dan pengorbanan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat.
Peranan Penolong Pegawai Perubatan amat penting sebagai barisan hadapan dalam membantu memastikan rawatan yang cekap, selamat dan berkualiti kepada pesakit. Sumbangan dan kepakaran yang dicurahkan menjadi tunjang kepada kelancaran perkhidmatan kesihatan serta kesejahteraan komuniti.
Semoga segala usaha dan bakti yang dicurahkan terus diberkati serta menjadi inspirasi dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan kesihatan negara.
Terima kasih atas jasa dan pengorbanan anda semua.


