
7 Julai 2026 - Trauma Life Support Championship Hospital Kluster Perak Utara 2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Darussalam, Hospital Taiping. Pertandingan ini menghimpunkan petugas kesihatan daripada hospital dan pejabat kesihatan daerah di bawah Hospital Kluster Perak Utara bagi menguji pengetahuan, kemahiran klinikal, komunikasi serta kerja berpasukan dalam pengurusan kes trauma melalui simulasi (moulage).
Sebanyak 11 pasukan telah mengambil bahagian. Persaingan yang sengit menyaksikan tiga pasukan terbaik mara ke peringkat akhir, iaitu:
- Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama
- Hospital Selama
- Hospital Seri Iskandar
Keputusan akhir pertandingan adalah seperti berikut:
- Johan: Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama
- Naib Johan: Hospital Selama
- Tempat Ketiga: Hospital Seri Iskandar.
- Best Team Leader: Dr Pradeep Gupta
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kontinjen Hospital Seri Iskandar atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam pertandingan berprestij ini. Pencapaian ini merupakan hasil komitmen, kesungguhan, kompetensi dan semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam memberikan perkhidmatan trauma yang berkualiti dan selamat kepada pesakit.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuhkan kemahiran klinikal, meningkatkan kesiapsiagaan pasukan serta menyemarakkan budaya pembelajaran berterusan demi kecemerlangan perkhidmatan kesihatan.
Syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang telah bertanding serta kepada pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan program ini. Semoga usaha sebegini terus memperkukuhkan jaringan kerjasama dan meningkatkan standard pengurusan trauma.


