my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004 (P.U. (A) 324/2004)

PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2008 (P.U. (A) 315/2008)

Senarai Kawasan Larangan Merokok Di Bawah Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Yang DiKuatkuasakan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

  1. Di dalam mana-mana pusat hiburan atau teater pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang ramai kecuali mana-mana pub, disko, kelab malam atau kasino.
  2. Di dalam mana-mana hospital atau klinik
  3. Di dalam mana-mana lif awam atau tandas awam
  4. Di dalam mana-mana tempat makan berhawa dingin atau kedai berhawa dingin
  5. Di dalam mana-mana kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
  6. Di dalam mana-mana lapangan terbang
  7. Di dalam mana-mana premis kerajaan
  8. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian
  9. Di mana-mana kawasan di dalam sesuatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi.
  10. Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak
  11. Di dalam mana-mana bas sekolah
  12. Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam mana-mana bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Pos Malaysia Berhad.
  13. Di dalam mana-mana kompleks membeli-belah
  14. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak
  15. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gymnasium
  16. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
  17. Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan
  18. Di mana-mana kawasan di dalam suatu kafe internet atau,
  19. Di mana-mana kawasaan di dalam Pusat Latihan Khidmat Negara.

Mana-mana orang yang didapati merokok di kawasan larangan merokok jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Waktu Melawat Pesakit Hospital Seri Iskandar

  • Isnin – Jumaat:

    • 12:30 tengah hari – 2:00 petang

    • 4:30 petang – 7:00 petang

  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum:

    • 12:30 tengah hari – 7:00 petang

googlemap1

HOSPITAL SERI ISKANDAR
32600 Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan

  05-373 0000
   hseriiskandar@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 14
Jumlah Keseluruhan: 571

Tarikh Kemaskini

  • 19 Mac 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |  SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video