APAKAH AKREDITASI HOSPITAL
Akreditasi adalah alat atau kaedah yang digunakan bagi memantau dan mengukuhkan perlaksanaan ‘good governace’ dan ‘good clinical governance’ dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit. Ia merupakan satu proses ke arah meningkatkan perkhidmatan kesihatan yang optima dengan menggunakan sumber yang sediada. Ia memberi penekanan dan fokus kepada Penambahbaikan berterusan, mempromosikan serta menyebarkan maklumat berkaitan Keselamatan Pesakit dan Budaya Kualiti bagi sesebuah jabatan atau organisasi.
SIAPA YANG MEMBERI STATUS AKREDITASI
MALAYSIAN SOCIETY FOR QUALITY IN HEALTH ( MSQH - OKT 1997 ).
Telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Kerajaan pada bulan Mac 1998.
MSQH ( KKM-MMA-APHM )
FOKUS / PERKARA UTAMA DALAM PROSES AKREDITASI
Organization and Management
Human Resource Development And Management
Policies And Procedures
Facilities And Equipment
Safety and Performance Improvement Activities
Special Requirements
Hospital Seri Manjung ke Arah Persijilan Edisi 6
CARA PENILAIAN AKREDITASI EDISI 6
Rating 1 @ 2 @ 3 @ 4
Rating 1 = Poor/Rendah
( 0 – 39 % ) Rating 2 = Fair/Sederhana
( 40 – 59 %) Rating 3 = Good / Baik
( 60 – 79 % ) Rating 4 = Excellence / Cemerlang
( 80 – 100 % ) Rating LULUS adalah 3 dan 4
Rating GAGAL adalah 1 & 2
Wajib dapat sekurang-kurangnya Rating 3 secara keseluruhan ( terutamanya standard 1- 7 (Hospital Wide Standard ) untuk Pensijilan Penuh 4 Tahun bagi MSQH Edisi 6.
SYARAT LULUS 4 TAHUN PENSIJILAN AKREDITASI MSQH EDISI 6
Setiap service standard hendaklah mendapat rating 3 atau 4
Setiap core criteria di dalam standard hendaklah mendapat ratig 3 @ 4
Prestasi keseluruhan untuk setiap service standard juga bergantung kepada keadaan semasa tahap keselamatan pesakit dan anggota kerja dari segala perkara / aspek / elemen / anasir yang berada di sekeliling mereka.
KATEGORI BAGI PENSIJILAN AKREDITASI 4 TAHUN
PENSIJILAN AKREDITASI MSQH EDISI 6
1. Kategori 1 ( Lulus Biasa )
1.1 Semua service standard hanya mempunyai rating 3 atau 4 sahaja
1.2 Nilai peratus yang diperolehi dari pengiraan keseluruhan rating service standard dari 80 %.
2. Kategori 2 ( Excellent Achievement Award )
2.1 Semua service standard hanya mempunyai rating 3 & 4 sahaja.
2.2 Nilai peratus yang diperolehi dari pengiraan keseluruhan rating services standard adalah 80 % dan ke atas.
3. Kategori 3 – Centre of Excellent (COE)
3.1 Semua service standard mendapat rating 4 sahaja.