S: Apakah yang dimaksudkan dengan keterhutangan serius penjawat awam?
J: Merujuk kepada Peraturan 13 (7), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) ungkapan ‘keterhutangan kewangan yang serius’ bermaksud keadaan keterhutangan seseorang pegawai yang setelah diambil kira amaun hutang yang ditanggung olehnya, telah menyebabkan kesusahan kewangan yang serius kepadanya.

S: Kerajaan telah bersetuju supaya Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) menguatkuasakan peraturan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA dan Kementerian Kewangan mengenai had potongan maksimum bagi memastikan pendapatan bersih penjawat awam berbaki sekurang-kurangnya 40% daripada gaji bulanan. Apakah peraturan dan pekeliling yang dikuatkuasakan?
J: a. Surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA(S)TT.7082 Jld.6 (35) bertarikh 25 Disember 2005 berkaitan Peraturan Mengenai Larangan Meminjam Wang Dan Berada Dalam Keterhutangan Kewangan Yang Serius Ke Atas Pegawai Awam dan semua Ketua Setiausaha Kementerian membuat pemantauan berterusan ke atas pendapatan bersih Pegawai Awam bagi memastikan Penjawat Awam mempunyai had pendapatan bersih minima 40% supaya Penjawat Awam tidak berada dalam keterhutangan kewangan yang serius.

b. Surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.BK(S)328/2 Jld.13(9) bertarikh 24 Januari 2017 berkaitan Pemantauan Ke Atas Pegawai Yang Berada Dalam Keterhutangan Kewangan Yang Serius. Ketua-ketua Jabatan memantau pemotongan gaji pegawai masing-masing dengan tidak meluluskan pemotongan sekiranya akan mengakibatkan Pegawai Awam menerima pendapatan bersih kurang daripada 40% dan mengambil tindakan tatatertib ke atas Pegawai Awam yang didapati melakukan penipuan yang boleh menyebabkan Penjawat Awam mengalami masalah keberhutangan serius misalnya dengan memalsukan penyata gaji untuk mendapatkan pinjaman.

c.1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP) WP9.1, WP9.2, WP9.3, PR1.12013 berkaitan potongan 60%.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan pelaksanaan sekatan bayaran potongan gaji penjawat awam maksimum potongan 60%?
J: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) hanya akan menguruskan potongan Penjawat Awam kurang dari 60.00%. Tujuan pelaksanaan adalah bagi memastikan pendapatan bersih Penjawat Awam berada sekurang-kurangnya pada paras minimum 40%. Penjawat Awam adalah bertanggungjawab untuk membayar sendiri tanggungan/pinjaman yang tidak dibuat potongan oleh JANM kepada agensi berkaitan

S: Apakah formula pengiraan potongan sehingga 60%?
J: Jumlah Potongan

(Gaji Pokok + Elaun Tetap)

100

x

Contoh: RM 4,048.61 X 100 = 57.99%

RM 6,981.65


S:

Saya mempunyai potongan melebihi 60%, keutamaan potongan yang manakah yang akan diambilkira?
J: Keutamaan potongan dibuat secara automatik di dalam Sistem Gaji Berkomputer JANM. Susunan keutamaan potongan adalah seperti berikut:

a. Potongan Berkaitan Perundangan (Contoh: Cukai/ Zakat/ Arahan Mahkamah);

b. Potongan Berkaitan Kerajaan (Contoh: Bayaran Balik/ Perumahan/ Kenderaan);

c. Takaful/ Insurans;

d. Kelab Jabatan Kerajaan;

e. Pinjaman;

f. Persatuan/ Pertubuhan;

g. Simpanan/ Derma/ Sumbangan


S:

Bagaimanakah penjawat awam yang mempunyai potongan melebihi 60% dapat mengetahui potongan yang tidak diambilkira?
J: a. Penjawat Awam boleh membanding potongan di slip gaji terkini berbanding bulan sebelumnya; atau

b. Penjawat Awam boleh mengesahkan amaun potongan yang tidak diambilkira di Unit Gaji tempat bertugas melalui Laporan ZRPY020 Potongan Yang Tidak Diambilkira


S:

Sekiranya terdapat kenaikan pada gaji saya dan potongan saya tidak melebihi 60% dari gaji baharu saya, adakah JANM akan menguruskan kembali semua potongan saya?
J: Ya, potongan yang tidak melebihi 60% akan diuruskan potongannya oleh JANM seperti biasa

S:

Bagaimana penjawat awam boleh membuat bayaran lebihan potongan yang tidak diuruskan oleh janm kepada agensi yang berkaitan?
J: Penjawat Awam perlu menjelaskan sendiri tanggungan/ pinjaman agensi yang tertera dalam Laporan ZRPY020 Potongan Yang Tidak Diambilkira seperti berikut:

a. ANGKASA seperti di Lampiran 1 (Pindaan 1/17);

b. BANK SIMPANAN NASIONAL seperti di Lampiran 2;

c. Yayasan Ihsan Rakyat seperti di Lampiran 3;

d. COSHARE seperti di Lampiran 4;

e. I.Destinasi seperti di Lampiran 5;

f. MBSB seperti di Lampiran 6;

Maklumat lanjut Lampiran 1 hingga Lampiran 6 klik di sini
   




Cetak  
Image

Hakcipta Terpelihara © 2020 Hospital Seri Manjung, Perak.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1328 x 768, pelayar Mozilla Firefox Terkini .

Kemaskini Terakhir : Rabu 31 Mei 2023, 16:09:42.
 
Jumlah Pelawat : 

1447533 (31)

Seksyen Orang Awam
Senarai Tadbiran Hospital Seri Manjung
Maklumat Am
Lain-Lain

Seksyen Swasta

Seksyen Warga Hospital

Perkhidmatan Atas Talian
  • SiSPAA - Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  • MYCPD  - Online Monitoring Of Continuing Professional Developemet
  • ePatuh - Sistem Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT
  • GPIS  - Government Procurement Information System
  • BPFK- Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan KKM
  • S3PK - Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan
  • e-Measles - Sistem Maklumat Siasatan Measles
  • Fosim Domestik- Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia Untuk Domestik
  • Portal HRMIS - Sistem  Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
  • NDR - National Diabetes Registry
Penerbitan
Muat Turun Borang
SeksyenMediaKesihatan
SeksyenPautanPantas
SeksyenIntranet
Senarai Fasiliti kesihatan Awam Berhampiran
SeksyenDataTerbuka

Apa Itu Data Terbuka

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka Kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan Negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital. Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mengambil tindakan mengenalpasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap perkhidmatan jabatan.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat :

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Data Terbuka Jabatan Kesihatan Negeri Perak - klik sini

Kalendar Aktiviti
Berita seterus diBerita Hospital Perak  
Tender & Sebutharga