Pada awalnya Hospital Lumut telah dibina dalam tahun 1928 di atas sebuah bukit berhampiran Pekan Lumut dengan keluasan keseluruhan sebanyak 20 ekar. Namun hanya 4 ekar sahaja digunakan untuk pembinaan bangunan hospital. Pembinaannya pada ketika itu mampu untuk menampung penduduk Manjung seramai 20,536 orang.
Dengan pembangunan pesat Daerah Manjung dan pembinaan Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM), Hospital Lumut tidak mampu lagi untuk menampung jumlah penduduk yang meningkat secara mendadak dari semasa ke semasa. Cadangan untuk membina sebuah hospital baru di daerah manjung telah mula dirancangdi dalam Rancangan Malaysia ke-5 lagi.

Cadangan ini dibuat memandangkan perlunya sebuah hospital baru yang serba lengkap serta dapat menyediakan perkhidmatan kepakaran yang tertentu, bersesuaian dengan pertumbuhan pesat Daerah Manjung bagi menggantikan Hospital Lumut yang agak usang.

Sebuah tapak baru seluas 46.088 ekar di Bandar Baru Seri Manjung telah dipilih menjadi lokasi hospital baru yang diperolehi dengan nilai RM 1 juta. Perlaksanaan projek ini telah dimulakan pada bulan Jun 1992 dengan majlis pecah tanah dan telah tamat pembinaannya pada 30hb November 1994. Pembinaan projek ini berkonsepkan secara Turkey. Jumlah keseluruhan pembiayaan kos pembinaan hospital Seri Manjung ini dengan kelengkapan peralatan telah menelan belanja sebanyak RM73.093 juta.Hospital mula beroperasi pada bulan Mac 1995 dengan pelbagai kemudahan perkhidmatan.


Cetak  
Image

Hakcipta Terpelihara © 2020 Hospital Seri Manjung, Perak.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1328 x 768, pelayar Mozilla Firefox Terkini .

Kemaskini Terakhir : Rabu 31 Mei 2023, 16:09:42.
 
Jumlah Pelawat : 

1447525 (23)

Seksyen Orang Awam
Senarai Tadbiran Hospital Seri Manjung
Maklumat Am
Lain-Lain

Seksyen Swasta

Seksyen Warga Hospital

Perkhidmatan Atas Talian
  • SiSPAA - Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  • MYCPD  - Online Monitoring Of Continuing Professional Developemet
  • ePatuh - Sistem Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT
  • GPIS  - Government Procurement Information System
  • BPFK- Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan KKM
  • S3PK - Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan
  • e-Measles - Sistem Maklumat Siasatan Measles
  • Fosim Domestik- Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia Untuk Domestik
  • Portal HRMIS - Sistem  Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
  • NDR - National Diabetes Registry
Penerbitan
Muat Turun Borang
SeksyenMediaKesihatan
SeksyenPautanPantas
SeksyenIntranet
Senarai Fasiliti kesihatan Awam Berhampiran
SeksyenDataTerbuka

Apa Itu Data Terbuka

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka Kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan Negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital. Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mengambil tindakan mengenalpasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap perkhidmatan jabatan.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat :

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Data Terbuka Jabatan Kesihatan Negeri Perak - klik sini

Kalendar Aktiviti
Berita seterus diBerita Hospital Perak  
Tender & Sebutharga