Jabatan Farmasi
LATAR BELAKANG
Jabatan Farmasi telah mula beroperasi sejak Mac 1995 ketika pembukaan Hospital Seri Manjung dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti Farmasi dan Bekalan bagi rawatan pesakit, dengan pembekalan ubat dan keperluan perubatan mengikut amaun bajet diberikan setiap tahun. Selain itu, aktiviti Farmasi Klinikal telah diwujudkan sejak tahun 2000. Kini, Jabatan Farmasi sedang menuju ke arah persijilan 5S dari MAMPU.
OBJEKTIF
Menyediakan penjagaan farmaseutikal yang menyeluruh & berpusatkan pesakit melalui amalan farmasi yang berkesan, selamat & berkualiti serta memastikan kewujudan sistem logistik farmaseutikal yang terkawal & ekonomik.
FUNGSI JABATAN
Perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Farmasi boleh dibahagikan kepada dua aktiviti utama, iaitu:-
- Aktiviti Perolehan & Pembekalan
Ia membolehkan keperluan ubat-ubatan dan keperluan perubatan untuk pemberian terus kepada pesakit melalui preskripsi doktor atau pesakit di unit/wad/klinik.
- Aktiviti Farmasi Klinikal
Penglibatan secara profesional oleh Pegawai Farmasi dalam pemberian penjagaan farmaseutikal yang lengkap bagi memastikan pesakit menerima ubat yang betul, dos yang selamat & cara pemberian ubat yang betul bagi membolehkan rawatan ubat yang diterima pesakit adalah optimum dan kesan sampingan ubat yang minimum.
KEMPEN FARMASI
Kempen Penggunaan Ubat Secara Berkualiti (QUMC) sentiasa giat dijalankan untuk pengetahuan & kesedaran pengguna mengenai ubat-ubatan.
Kempen Go Green menggalakkan pengurangan penggunaan beg plastik. Beg plastik hanya diberikan kepada golongan pesakit tertentu sahaja.
Kempen Pemulangan Ubat menggalakkan pemulangan ubat yang tidak digunakan oleh pesakit kepada Jabatan Farmasi.
PERKHIDMATAN NILAI TAMBAH “ Value Added Services” di Kaunter Farmasi Pesakit Luar)
- Perkhimatan SMS & Ambil
- Perkhidmatan Kad Kuning
- Perkhidmatan Ubat Melalui Pos
- Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) yang membolehkan pesakit mendapat bekalan ubat preskripsi susulan di semua hospital dan klinik kesihatan di Malaysia.
- Perkhidmatan Letak & Ambil (untuk Kaunter FPL dan Kaunter Warga Kerja Hospital sahaja)
PERKHIDMATAN 24 JAM
Bermula sejak Mei 2012 di mana selepas waktu pejabat hari bekerja & 11am-7am Sabtu, Ahad & Cuti Umum, pembekalan ubat kepada pesakit Jabatan Kecemasan, pesakit wad dan pesakit discaj dijalankan di Farmasi Satelit.
PERKHIDMATAN FARMASI YANG DISEDIAKAN
- Farmasi Pesakit Luar (FPL)
Semua preskripsi ubat Jabatan Pesakit Luar, Klinik-klinik Pakar dan Jabatan Kecemasan didispens di FPL. Waktu perkhidmatan telah dipanjangkan bagi memudahkan pesakit mengambil ubat-ubatan.
- Farmasi Bekalan Wad (FBW)
Ubat “Floor Stock” kepada wad/unit dibekalkan di FBW sepanjang waktu bekerja. Ubat Psikotropik dan Dadah Merbahaya dibekalkan pada setiap hari Rabu. IV Drip dibekalkan pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Kaunter preskripsi staf dibuka pada waktu pejabat.
- Farmasi Satelit
Ubat melalui Carta Pengubatan bagi sistem “Unit of Use/Unit of Dose”, preskripsi discaj & preskripsi Jabatan Kecemasan dibekalkan dalam waktu operasi 24 jam di Farmasi Satelit.
- Farmasi Wad
Perbincangan terapi ubat pesakit bersama Pegawai Perubatan semasa rondaan wad, pengambilan sejarah pengubatan pesakit dalam, kaunseling pesakit dalam dan “bedside dispensing” Wad 4, 5, 9, ICU & SCN dijalankan oleh Pegawai Farmasi.
- Klinik Terapi Berhenti Merokok (TBM)
Pegawai Farmasi mendispens ubat & memberikan kaunseling kepada pesakit dalam Klinik TBM serta berbincang dengan Pegawai Perubatan mengenai terapi pesakit.
- MTAC Warfarin, Diabetes & RVD
Dalam MTAC “Medication Therapy Adherence Clinic”, Pegawai Farmasi berperanan memaksimumkan manfaat terapi ubat kepada pesakit melalui pendidikan mengenai ubat kepada pesakit dan perbincangan dengan Pegawai Perubatan mengenai terapi pesakit.
- Farmasi Farmakokinetik Klinikal
Pengukuran paras serum ubat penting dalam menentukan efikasi dan toksiksiti ubat yang mempunyai julat terapeutik yang sempit. Cadangan dos dan selang masa dos penting dalam memastikan pesakit mencapai paras terapeutik ubat.
- Farmasi Onkologi
Perkhidmatan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik “CDR” diberikan kepada semua pesakit yang menjalankan kemoterapi di hospital ini. Aktiviti Farmasi Klinikal juga dijalankan di wad oleh Pegawai Farmasi yang berkaitan.
- Program Rawatan Terapi Gantian Methadone
Program ini bertujuan mengurangkan kemudaratan akibat penagihan dadah. Program ini dijalankan di Jabatan Psikiatrik 7am-10am setiap hari. Program ini dapat mengurangkan risiko perebakan jangkitan akibat perkongsian jarum.
- Kaunseling Individu & Berkumpulan
Kaunseling individu mengenai ubat-ubatan diberikan kepada pesakit di Farmasi Pesakit Luar sepanjang waktu pejabat. Kaunseling berkumpulan Diabetes & CRP diberikan kepada pesakit di Bilik Pusat Sumber Diabetes, MOPD setiap bulan.
- Stor Farmasi
Ia berfungsi sebagai stor utama dalam memperolehi bekalan ubat dan perubatan melalui sumber APPL (Perjanjian Konsesi Pharmaniaga)/kontrak/sebut harga dan menjalankan aktiviti pembekalan kepada Farmasi/wad/unit di hospital.
- Pusat Kualiti Farmasi
Di bawah unit ini, terdapat Pusat Maklumat Ubat & Racun di mana Pertanyaan mengenai ubat-ubatan & keracunan boleh diajukan kepada Pegawai Farmasi.
AKTIVITI & PENCAPAIAN
Aktiviti CPD Farmasi setiap 2 bulan.
Aktiviti 5S – Audit Dalaman 5S, Kursus Amalan 5S, Gotong-Royong Perdana 5S Peringkat Farmasi dan Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan 5S.
Aktiviti QUMC (Quality Use of Medicine Consumer) seperti berikut:-
1.Pameran Kenali Ubat Anda semasa Bengkel Training of Trainers (TOT) QUMC Peringkat Negeri Perak Tahun 2014 di Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Lumut Perak.
2.Pameran dan Ceramah Kenali Ubat Anda di Pusat Persatuan Kebudayaan Klasik Jin Yuan Cawangan Ayer Tawar, Perak.
Projek KIK iaitu Mengelak Kesalahan Penglabelan Dan Pengisian Ubat Sebelum Sampai Ke Kaunter CQDC - sedang dijalankan.
Projek Inovasi iaitu Inovasi Palet - sedang dijalankan.
Kajian R&D bertajuk:
1.Evaluation on In-hospital Outcomes of STEMI patients Post-streptokinase Therapy in HSM – menyertai Persidangan R&D Farmasi Kebangsaan ke-8 Tahun 2014
2.Management of Over-Anticoagulation in Hospitalized Patients Receiving Warfarin in Hospital Seri Manjung - menyertai Persidangan R&D Farmasi Kebangsaan ke-8 Tahun 2014
3.Evaluating 8-Item Morisky Medication Adherence Scale (MMAS-8) And Pill Counting As Measures Of Medication Adherence Level And Investigating The Feasibility Of Routine Medication Return By MOPD Patients In Hospital Seri Manjung - menyertai Perak Annual Medical Research Conference 2014