Pengenalan
Jabatan ini mulai beroperasi sejak Hospital Seri Manjung dibuka pada tahun 1995. Perkhidmatan Patologi merangkumi perkhidmatan asas dalam bidang Patologi Kimia, Mikrobiologi, Unit Tabung Darah, Hematologi dan Sitologi dalam membantu pengamal perubatan dalam pengdiagnosan dan rawatan pesakit. Perkhidmatan Patologi juga terlibat dalam latihan kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi sama ada kerajaaan atau swasta.
Skop Perkhidmatan
Perkhidmatan Patologi merangkumi perkhidmatan asas dalam bidang Patologi Kimia, Mikrobiologi, Unit Tabung Darah, Hematologi dan Sitologi dalam membantu pengamal perubatan dalam pengdiagnosan dan rawatan pesakit. Perkhidmatan Patologi juga terlibat dalam latihan kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi sama ada kerajaaan atau swasta.
Perkhidmatan Patologi beroperasi 24 jam bagi Perkhidmatan Ujian Segera (urgent test) Makmal Patologi Kimia, Tabung Darah, Mikrobiologi dan Hematologi. Perkhidmatan Patologi akan mengamalkan program jaminan kualiti (Quality Assurance Programme) supaya keputusan dikeluarkan adalah berkualiti demi kecemerlangan rawatan pesakit. Semua dokumen berkenaan polisi dan prosedur akan disediakan dan latihan/pendidikan berterusan akan diberi kepada anggota kerja. Kaedah measurement, analysis and evaluation akan digunakan sebagai mekanisma untuk proses peningkatan kualiti perkhidmatan.
Aktiviti/Pencapaian
1.Aktiviti Kawalan Mutu Kebangsaan – NEQAP Quality Assurance Programme for Pathologi Services
- Chemical Pathology
- Medical Microbiology
- Haematology
2.Aktiviti Kawalan Mutu Kebangsaan – NEQAP Quality Assurance Programme for Blood Banking Services.