Pengenalan
Jabatan Kecemasan Hospital Seri Manjung adalah nadi utama dalam urusan penerimaan dan perawatan kes-kes kecemasan dan kecederaan. Semua kes-kes rujukan daripada Klinik-klinik Kesihatan di daerah Manjung perlu masuk ke Jabatan Kecemasan sebelum di daftar masuk ke wad. Disamping itu jabatan ini turut menerima kes-kes rujukan dari hospital lain seperti Hospital Changkat Melintang.
Skop Perkhidmatan
1. Perkhidmatan Rawatan Kecemasan dan Kecederaan
2. Perkhidmatan Ambulan /PreHospitalCare
3. Perkhidmatan OSCC (One Stop Crisis Centre)
4. Perkhidmatan Pasukan Perubatan
5. Perkhidmatan Forensik
Aktiviti-aktiviti
1. Jamuan Hari Raya Jabatan Kecemasan
2. Medical Team mana – mana program yang memerlukan
3. Aktiviti cara hidup sihat – sukan badminton dan futsal setiap minggu
Pencapaian
1. Penerima Anugerah Cemerlang seramai 6 orang
2. Menyertai Pertandingan Kaunter anjuran Jabatan Kesihatan Negeri