Jabatan Ortopedik
Carta Organisasi Jabatan Ortopedik Hospital Seri Manjung
Pengenalan
Perkhidmatan kepakaran Ortopedik & Traumatologi telah dimulakan dengan Pakar Lawatan (Dr. Vejayan) dari Hospital Angkatan Tentera Lumut dengan klinik pertama pada 14 Januari 1999. Perkhidmatan ini telah beroperasi dengan sepenuhnya dengan penempatan Pakar Bedah Ortopedik Dr. Suressh Kumar pada November 2003. Bermula 1 Ogos 2014 jabatan ini diambilalih oleh Dr. Saravanan A/L Shanmugam sebagai ketua jabatan yang dibantu oleh 3 orang pakar. Jabatan ini memberikan perkhidmatan kepakaran meliputi kawasan-kawasan di Daerah Manjung khususnya, juga merupakan pusat rujukan Hospital Changkat Melintang, Klinik Kesihatan Pangkor, Klinik Kesihatan Seri Iskandar, hospital-hospital swasta dan klinik-klinik swasta.
Visi
Mewujudkan perkhidmatan perubatan dan pembedahan ortopedik yang cekap dan mencapai semua KPI dan HPIA yang ditetapkan dengan jayanya.
Misi
- Memberi rawatan dan pembedahan yang berkualiti tinggi dan selamat dengan mengamalkan profesionalisme, kerja berpasukan dan bersikap mesra pelangan.
- Melatih anggota-anggota yang cekap serta berkomitmen tinggi dan menggunakan teknologi yang bersesuaian dalam persekitaran kerja yang selamat.
Objektif
- Memberi perkhidmatan rawatan dan pembedahan yang terbaik.
- Menjadi pusat rujukan untuk daerah Manjung.
- Menggalakkan pendidikan lepasan ijazah dan pendidikan perubatan yang berterusan.
Piagam Pelanggan Klinik Pakar Ortopedik
Kami berjanji untuk memberika perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
- Pelanggan akan diberikan rawatan yang sewajarnya dengan CEKAP, TEPAT dan SELAMAT.
- Pelanggan akan dilayan dengan mesra, bersopan santun dan prihatin.
- Perkhidmatan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan OKU.
- Setiap pelanggan yang dirujuk dari jabatan atau lain-lain institusi kesihatan akan diberi tarikh temujanji yang tepat dan sesuai terus menerus semasa dirujuk.
- Setiap pelanggan akan dirawat mengikut tarikh temujanji yang ditetap’
- Kerahsian maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan adalah dijamin.
- Pelanggan akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa 75 minit dari masa temujanji mengikut sistem blok.
- Setiap pelanggan akan diberi maklumat dan penjelasan mengenai penyakit dan rawatan.
- Kemudahan dan persekitara yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
- Segala maklumbalas dan cadangan boleh dibuat melalui:
- Peti cadangan
- Perjumpaan / telefon Pegawai Perubatan disambungan 6744
Piagam Pelanggan Wad Ortopedik
Kami berjanji untuk memberika perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
- Pelanggan akan diberikan rawatan yang sewajarnya dengan CEKAP, TEPAT dan SELAMAT.
- Setiap pelanggan / waris akan diberi orientasi pada hari kemasukan.
- Setiap pelanggan akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa 60 minit selepas masuk wad.
- Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit, perawatan dan pendidikan kesihatan.
- Kerahsian maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan adalah dijamin.
- Kemudahan dan persekitara yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
- Segala maklumbalas dan cadangan boleh dibuat melalui:
- Peti cadangan
- Perjumpaan / telefon denggan Ketua Jururawat
- Sambungan 6821/6823
Skop Perkhidmatan
- Klinik Pakar Ortopedik
- Klinik Spinal
- Klinik Pakar Pediatrik Ortopedik
- Klinik lawatan di Hospital Changkat Melintang dan Klinik Kesihatan Pangkor
- Menyediakan fasiliti untuk assessment, diagnosis, rawatan, penjagaan perawatan dan rehabilitasi untuk pesakit dalam.
- Menjalankan pembedahan Ortopedik & Traumatologi kepada pesakit.
- Memberi khidmat rawatan dan pembedahan 24 jam bagi semua kes kecemasan.
- Memberikan perkhidmatan pendidikan pesakit.
- Menyediakan laporan perubatan pesakit.
- Jemaah Perkeso.
- Mengendalikan program latihan / kursus untuk anggota jabatan dan warga Hospital Seri Manjung.
Jenis-jenis Pembedahan Otopedik yang dijalankan di Hospital Seri Manjung:
- Pembedahan major dan minor bagi semua kes trauma
- Pembedahan ortopedik am
- Pembedahan spinal
- Pembedahan sport injuries
- Pembedahan arthroplasty
- Day Care Surgery
- Pembedahan pediatrik ortopedik am
JADUAL HARIAN KLINIK ORTHOPEDIK HOSPITAL SERI MANJUNG
HARI |
KLINIK |
MASA
|
ISNIN
|
PASS OVER MO TEACHING WARD ROUND OPERATION HO TEACHING WARD WORK / TEACHING |
7.30AM 8.30AM 9.00AM 8.00AM – 5.00PM 11.00AM 2.00PM – 5.00PM |
SELASA
|
PASS OVER WARD ROUND KLINIK PAKAR PRE OP ASSESSMENT / INTRA ARTICULAR INJECTION / KERJA – KERJA KLINIK YANG PERLU DISELESAIKAN
|
7.30AM 8.30AM 8.00AM – 1.00PM 2.00PM – 5.00PM |
RABU
|
PASS OVER WARD ROUND OPERATION KLINIK PAKAR KLINIK PEADS ORTHOPEDIC (2 bulan sekali) WARD WORK / TEACHING
|
7.30AM 8.30AM 8.00AM – 5.00PM 8.00AM – 1.00PM 9.00AM – 1.00PM 2.00PM – 5.00PM |
KHAMIS
|
PASS OVER WARD ROUND KLINIK PAKAR PRE OP ASSESSMENT / INTRA ARTICULAR INJECTION / KERJA – KERJA KLINIK YANG PERLU DISELESAIKAN CENSUS |
7.30AM 8.30AM 8.00AM – 1.00PM 2.00PM – 5.00PM
3.00PM |
JUMAAT
|
PASS OVER OPERATION WARD ROUND KLINIK PAKAR KLINIK LAWATAN DI K.K PANGKOR – hari Jumaat minggu pertama HOSP. CHANGKAT MELINTANG - hari Jumaat minggu ke-3 WARD WORK / TEACHING |
7.30AM 8.00AM – 5.00PM 8.30AM 8.00AM – 12.15AM
8.00AM – 12.15PM 8.00AM – 12.15PM 2.45PM – 5.00PM |