Unit Perhubungan Awam
Pengenalan
Unit Perhubungan Awam telah memulakan operasinya pada 23 Disember 2013 dengan menempatkan seorang Pegawai Perhubungan Awam. Fungsi utama unit ini adalah bertanggungjawab menyelaras aduan, cadangan dan penghargaan yang diterima daripada pelanggan dengan memberikan maklumbalas kepada pelanggan, menyelaras lawatan serta mewujudkan hubungan yang baik di antara hospital, orang awam dan pihak media.
Skop Perkhidmatan
- Menyelaras aduan, cadangan dan penghargaan hospital
- Membaca surat khabar yang dilanggan oleh pihak hospital (semakan mengenai aduan dan penghargaan terhadap hospital)
- Menyelaraskan aktiviti lawatan
- Mengendalikan email rasmi hospital
Aktiviti
Terlibat di dalam kebanyakkan program/aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun di hospital secara langsung atau tidak langsung.
Hubungi
Alamat : Hospital Seri Manjung
32040 Seri manjung
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05 - 689 6946
Faks : 05 - 688 4013
Email : ashrafAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Web : http://hsmanjung.moh.gov.my