Unit Hemodialisis
Pengenalan
Unit Hemodialisis dibina dengan belanja RM 536,000.00 pada bulan oktober 2002 dan mula beroperasi pada 11/11/2002 dengan 4 buah mesin dan 8 orang pesakit buah pinggang. Semua pesakit ini dirujuk dari Hospital Ipoh tetapi tinggal disekitar Daerah Manjung.
Bilangan pesakit ini telah bertambah dari seramai 16 orang pada bulan April 2003 dan bilangannya semakin bertambah dari masa ke semasa. Pada 1/4/2014 jumlah pesakit di Unit ini sekarang adalah seramai 50 orang pesakit. Pada mulanya Unit hemodialisis telah memberi perhidmatan normal dari pukul 6.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari kecuali hari Ahad. Kini unit ini telah beroperasi dari pukul 7.00 pagi sehingga pukul 9.00 petang. Sekiranya ada kes selepas waktu tersebut, staff on call akan dipanggil. Bilangan anggota yang bertugas di unit ini juga bertambah dari seramai 4 orang kepada 12 orang.
Pada bulan Oktober 2007, sebuah mesin hemodialisis ditempatkan di ICU/CCU untuk memberi perhidmatan hemodialisis manakala pada bulan Mac 2011, sebuah lagi mesin hemodialisis ditempatkan di wad 9 untuk memberi perkhidmatan hemodialisis bagi pesakit yang kritikal dan tidak stabil. Semua pesakit tersebut akan di hantar ke wad 9 untuk mendapatkan rawatan dialisis di sana.
Skop Perkhidmatan
Unit Hemodialisis ini memberi perkhidmatan hemodialisis bagi pesakit-pesakit buah pinggang yang di rujuk oleh Pakar Nefrologi Hospital Ipoh dan Pakar Perubatan Hospital Seri Manjung. Semua pesakit didaftarkan sebagai pesakit tetap dan dibahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama membuat hemodialisis pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat manakala kumpulan kedua membuat dialisis pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu. Pesakit-pesakit ini dibahagikan kepada 3 syif iaitu syif pertama pukul 7.00 pagi hingga 11.30 pagi, syif kedua pukul 12 tengahari hingga 4.00 petang dan syif ketiga pukul 4.30 petang hingga 8.30 malam dan unit ini tutup pada pukul 9.00 malam sekiranya tiada tambahan kes-kes dialisis dari wad. Selain merawat kes-kes dialisis normal (negatif ), unit ini juga menyediakan rawatan dialisis untuk kes-kes jangkitan hepatitis iaitu Hep. B dan Hep. C.
Unit Hemodialisis juga memberi perkhidmatan hemodialisis bagi kes-kes kecemasan akut di wad-wad dimana pesakit wad yang kurang kritikal dan stabil akan di hantar ke Unit Hemodialisis, bagi pesakit wad yang kritikal dan tidak stabil akan di hantar ke wad 9 unit dialisis manakala bagi pesakit unit ICU/CCU akan dibuat di unit tersebut. Kes-kes ini adalah kes yang bukan berdaftar tetap dan ianya di rujuk oleh pakar perubatan hospital ini. Semua kes-kes ini akan dimasukkan ke wad terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan dialisis.
Pada bulan Februari 2009, Unit ini telah menerima 6 buah mesin hemodialisis dari Kementerian dan menjadikan jumlah mesin sebanyak 15 buah. Pada 6 September 2013, 3 lagi mesin hemodialisis telah diterima dari Kementerian Kesihatan dan menjadikan jumlah mesin sekarang di hospital ini sebanyak 18 buah mesin.