JABATAN PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL
OBJEKTIF
- Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan, rawatan dan pemulihan untuk pesakit psikiatri dengan efisien, efektif, tepat dan selamat, supaya pesakit dapat mencapai tahap kesihatan mental yang baik dan optimum.
VISI
- Mewujudkan sebuah unit yang cemerlang, berkualiti dan selamat dalam proses perawatan dan pemulihan pesakit psikiatri.
MISI
- Memberi rawatan psikiatri dengan segera dan berkualiti, seterusnya membantu pemulihan pesakit psikiatri.
- Memenuhi keselesaan dan kepuasan pelanggan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti:
- Pelanggan akan diberikan rawatan dan kaunseling yang sewajarnya dengan cekap, tepat dan berkesan.
- Pelanggan akan dilayan dengan mesra, bersopan santun dan prihatin.
- Setiap pelanggan yang dirujuk dari jabatan / wad atau lain-lain institusi kesihatan akan diberikan tarikh temujanji yang sesuai.
- Setiap pelanggan akan dirawat mengikut tarikh temujanji yang ditetapkan.
- Pelanggan akan diberikan rawatan serta-merta jika menghadapi masalah atau tanda-tanda gangguan fikiran walaupun tiada temujanji.
- Pelanggan akan diperiksa oleh pegawai perubatan dalam masa 90 minit dari masa temujanji megikut sistem blok.
- Setiap pelanggan akan diberi penjelasan mengenai penyakit dan rawatan.
- Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
- Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
- Segala maklumat atau cadangan boleh dibuat melalui:
- -peti cadangan
- -berjumpa atau menghubungi pegawai perubatan di 05-6896660 samb.6857
SKOP JABATAN DAN WAKTU OPERASI
- Pesakit luar psikiatri
- Isnin – Khamis : 8pagi – 1petang
2petang – 5petang
- Pesakit dalam/ konsultasi psikiatri ‘liaison’
- Setiap hari : 24 jam
- Perkhidmatan komuniti psikiatri
- Isnin – Jumaat : 8pagi – 5petang
- Klinik Terapi Gantian Methadon
- Setiap hari termasuk hari cuti am : 7pagi – 10pagi
- Klinik Lawatan Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja
- Setiap 4bulan : 9pagi – 5petang