UNIT PEMULIHAN CARAKERJA

 

PENGENALAN

Unit Pemulihan Carakerja telah mula beroperasi di HSM pada bulan September 2006. Selaras dengan pertambahan perjawatan anggota, peningkatan kes yang dirujuk dan keperluan pesakit yang memerlukan perkhidmatan rawatan, peruntukan pembinaan unit bangunan telah diluluskan dan siap sepenuhnya untuk mula beroperasi pada Januari 2011.

Pemulihan Carakerja merupakan salah satu cabang perkhidmatan Jabatan Rehabilitasi di hospital kerajaan yang menyediakan program rawatan pemulihan berteraskan client-centred. Matlamat utama rawatan adalah untuk membolehkan seseorang pesakit/individu berfungsi pada tahap optima dalam menjalani aktiviti kehidupan seharian (ADL/Work/Leisure).

 

VISI:

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

 

MISI:

Unit Pemulihan Carakerja, HSM adalah untuk menerajui dan berusaha  bersama-sama :

  • untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
    • mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
    • menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
    • mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
  • untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
    • mengutamakan pelanggan
    • saksama
    • tidak membebankan
    • cekap
    • wajar mengikut teknologi
    • boleh disesuaikan mengikut persekitaran
    • inovatif
  • dengan menekankan:
    • sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
    • sifat menghormati maruah insan
    • penglibatan masyarakat

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap pesakit yang dirujuk akan diberikan layanan dan perkhidmatan yang mesra, cepat dan tepat.
  2. Setiap pesakit luar yang baru di rujuk akan diberikan temujanji pertama tidak melebihi 3 hari bekerja atau mengikut permintaan pesakit.
  3. Setiap pesakit dalam yang baru dirujuk akan diberikan rawatan dalam tempoh tidak melebihi 24 jam hari bekerja.
  4. Setiap pesakit akan diberikan penerangan yang jelas mengenai kondisi, program rawatan, aktiviti susulan di rumah serta perkembangan mereka dari masa ke semasa dan semua maklumat akan direkodkan di dalam kad rawatan pesakit.
  5. Segala maklumat peribadi dan perubatan mengenai pesakit akan dirahsiakan.
  6. Setiap pesakit akan diberikan temujanji selagi mereka memerlukan rawatan susulan.
  7. Pelanggan adalah berkewajipan untuk :
  8. Mematuhi arahan di Unit Pemulihan Carakerja.
  9. Menggunakan segala kemudahan yang disediakan dengan bertanggungjawab.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Perkhidmatan Pemulihan Carakerja, Hospital Seri Manjung meliputi :
  2. Rawatan kes pesakit dalam wad
  3. Rawatan kes pesakit luar
  4. Perkhidmatan yang disediakan adalah :
  5. Pemulihan carakerja di bidang Orthopedik
  6. Pemulihan carakerja di bidang Pediatrik
  • Pemulihan carakerja di bidang Perubatan Am
  1. Pemulihan carakerja di bidang Pembedahan Am
  2. Pemulihan carakerja di bidang Psikiatri dan Kesihatan Mental
  3. Pemulihan carakerja di bidang Neurologi / Neurosurgery
  • Pemulihan carakerja di bidang Plastic and Reconstructive
  • Pemulihan carakerja di bidang Obstetrics & Gynaecology
  1. Pemulihan carakerja di bidang Ophthalmology
  2. Pemulihan carakerja di bidang Kardiak

 

WAKTU OPERASI

Hari

Masa

Isnin Hingga Khamis

8.00 am – 1.00 pm

1.00 pm – 2.00 pm ( Rehat )

2.00 pm – 5.00 pm

Jumaat

8.00 am – 12.15 pm

12.15 pm – 2.45 pm ( Rehat )

2.45 pm – 5.00 pm

Sabtu , Ahad dan Cuti Umum - TUTUP

 


Cetak  
Image

Hakcipta Terpelihara © 2020 Hospital Seri Manjung, Perak.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1328 x 768, pelayar Mozilla Firefox Terkini .

Kemaskini Terakhir : Rabu 31 Mei 2023, 16:09:42.
 
Jumlah Pelawat : 

1447536 (34)

Seksyen Orang Awam
Senarai Tadbiran Hospital Seri Manjung
Maklumat Am
Lain-Lain

Seksyen Swasta

Seksyen Warga Hospital

Perkhidmatan Atas Talian
  • SiSPAA - Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  • MYCPD  - Online Monitoring Of Continuing Professional Developemet
  • ePatuh - Sistem Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT
  • GPIS  - Government Procurement Information System
  • BPFK- Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan KKM
  • S3PK - Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan
  • e-Measles - Sistem Maklumat Siasatan Measles
  • Fosim Domestik- Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia Untuk Domestik
  • Portal HRMIS - Sistem  Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
  • NDR - National Diabetes Registry
Penerbitan
Muat Turun Borang
SeksyenMediaKesihatan
SeksyenPautanPantas
SeksyenIntranet
Senarai Fasiliti kesihatan Awam Berhampiran
SeksyenDataTerbuka

Apa Itu Data Terbuka

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka Kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan Negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital. Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mengambil tindakan mengenalpasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap perkhidmatan jabatan.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat :

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Data Terbuka Jabatan Kesihatan Negeri Perak - klik sini

Kalendar Aktiviti
Berita seterus diBerita Hospital Perak  
Tender & Sebutharga