Pengenalan
Perkhidmatan Unit Terapi Pertuturan Hospital Seri Manjung bermula sebagai lawatan bulanan pada Jun 2010 oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan Hospital Teluk Intan dengan kekerapan setiap dua minggu.
Pada Julai 2014, perkhidmatan ini secara rasmi telah memulakan operasinya dengan menempatkan seorang Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) di hospital ini secara tetap.
OBJEKTIF UMUM
Memberikan perkhidmatan kepada pesakit kanak-kanak dan dewasa yang mempunyai masalah komunikasi, bahasa, pertuturan dan penelanan.
OBJEKTIF KHUSUS
- Menjalankan penilaian, intepretasi, diagnosis dan merancang pelan rawatan kepada pesakit yang mempunyai masalah komunikasi.
- Mengendalikan pesakit yang mempunyai kelewatan perkembangan bahasa dan pertuturan, masalah suara, gagap, masalah sebutan (pelat, sumbing bibir dan lelangit), masalah kecelaruan bahasa perolehan di kalangan dewasa (aphasia) dan masalah feeding and swallowing (penelanan).
- Menjalankan sesi konsultasi dan kaunseling kepada pesakit dan keluarga berkaitan masalah komunikasi
- Menyedia dan memberikan latihan program di rumah kepada pesakit
- Merancang, menyelia dan melaksanakan latihan penggunaan kaedah komunikasi bantuan dan gantian (AAC) kepada pesakit-pesakit bermasalah komunikasi yang teruk.
- Menyediakan laporan berkaitan pemulihan dan kemajuan pesakit.
Berikut adalah maklumat berkaitan unit dan sebarang urusan yang berkaitan dengan unit ini boleh menghubungi:
Nama : Pn. Noor Azira binti Arifin
: Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan)
Tempat : Klinik Pakar Pediatrik dan O&G (Bilik 11)
Tel. : 05-6896942
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ">Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.