UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN
PENGENALAN
Berfungsi dalam menyediakan perkhidmatan menangani pelbagai isu biopsikososial yang melibatkan pendekatan multi-displin dalam mencapai objektif total patient care. Bertanggungjawab juga dalam memberi bantuan psikososial kepada pesakit semasa proses rawatan, pemulihan dan pencegahan. Perkhidmatan ini membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi lebih produktif, berdikari dan kembali kepada komuniti selaras dengan batas kupayaan mereka.
VISI
Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.
MISI
Memberi perkhidmatan psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan mendapatkan perkhidmatan yang sewajarnya tanpa mengira kaum, agama, umur, jantina dan taraf sosioekonomi.
- Segala maklumat pelanggan yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan.
- Segala pengurusan permohonan bantuan praktik dan terapi sokongan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan agensi yang berkaitan, sumber sedia ada dan kelayakan pemohon.
SKOP PERKHIDMATAN
- Pengurusan bantuan praktik
- Pengurusan bantuan terapi sokongan
- Bantuan praktik dan terapi sokongan diberikan kepada kes-kes berikut:
- Penderaan dan pengabaian kanak-kanak
- Ibu tanpa nikah
- Keganasan rumahtangga
- Jenayah seksual
- Pesakit akut dan kronik
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- HIV Positif / AIDS
- Ketagihan dadah / alcohol
WAKTU OPERASI
- Isnin Hingga Khamis - 8.00 - 5.00 petang
- Rehat (1.00 - 2.00 petang)
- Jumaat - 8.00 - 5.00 petang
- Rehat (12.15 tengahari -2.45 petang)
- Sabtu & Ahad & Hari Cuti Umum - Tutup