Jabatan Pediatrik
Pengenalan
Jabatan Pediatrik terdiri daripada Wad 5 (kanak-kanak), SCN (Special Care Nursery) dan Klinik Pakar Pediatrik. Wad 5 ialah sebuah wad kanak-kanak kelas 3 yang terdiri dari pelbagai displin iaitu Perubatan, Pembedahan Am, Otopedik, “Gynaecology”, Mata, ENT dan “Neurology”. Wad ini mempunyai 7 bilik dimana 2 bilik di khaskan untuk HDU ( High Dependency Unit ) dan 5 bilik untuk pengasingan ( Isolation Case).Wad ini juga menerima semua jenis kes kanak-kanak yang berumur sebulan keatas sehingga 12 tahun dimana rawatan yang terbaik akan diberikan. Pada tahun 2007 kes-kes NAI dimana kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah dimasukan ke wad 5.
SCN adalah wad yang menjaga bayi di bawah umur 28 hari ,terdiri dari pelbagai disiplin iaitu perubatan, pembedahan, otopedik, mata dan neurology manakala Klinik Pakar Pediatrik merupakan salah satu klinik pakar yang memberi perkhidmatan pesakit luar dengan rujukan dari luar dan dalam hospital. Perkidmatan Klinik Pakar Pediatrik berfungsi dan beroperasi untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang, professional serta berteknologi bagi memastikan semua kanak-kanak mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan yang baik.
Skop Perkhidmatan
Memberi rawatan kepada semua pesakit yang memerlukan perkhidmatan dengan mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh KKM.
Aktiviti / Pencapaian
1) Neonatal Resuscitation Program
2) Kursus Laktasi 20 jam
3) Up date Retrieval Team
4) Kursus PALS (Pediatric Advanced Life Suppor)t
5) Majlis Pelancaran Penyusuan Susu Ibu Sedunia
6) Orientasi mengenai BFHI kepada staf baru O&G dan Pediatrik
7) Projek QA dan KIK
8) Mesyuarat Morbidity and Mortality Review
9) Kajian : Epidemiology of sexual abuse and associated risk factors in Manjung, a suburban area in Malaysia. Oral presentation at Perak Annual Medical Research & Scientific Conference Dec 2010.