Unit Psikologi Hospital Bahagia Ulu Kinta dengan kerjasama Pegawai Psikologi Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Persatuan Pegawai Psikologi Kementerian Kesihatan Malaysia (PSIKEM) dan Persatuan Kaunselor Penyalahgunaan Dadah (MADAC) akan menganjurkan PERSIDANGAN PSIKOLOGI KESIHATAN KALI KETIGA (SPIKE 3) seperti butiran berikut:
Tarikh | : | 23 dan 24 Ogos 2023 |
Tema | : | “Child and Adolescent Mental Health: Resilience and Wellbeing for All Young People ” |
Tempat | : | Hospital Bahagia Ulu Kinta |
Tarikh Tutup Penyertaan | : | 9 Ogos 2023 |
Persidangan ini merupakan medan perkongsian pengetahuan di antara para peserta yang hadir bersama mereka yang pakar di dalam bidang masing-masing. Penyertaan terbuka kepada 300 orang. Sehubungan itu, pihak penganjur amat berbesar hati ingin menjemput Tuan/ Puan untuk menyertai persidangan ini. Dilampirkan bersama brosur penganjuran SPIKE 3 untuk makluman Tuan/ Puan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Lee Boon Hock (016-6408869) atau Puan Rahilah binti Abd Rahim (019-4331234).