my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Ceramah Agama Bulanan : SAKINAH DALAM KELUARGA, BARAKAH DALAM KERJAYA

24 JULAI 2026 | PROGRAM CERAMAH AGAMA: “SAKINAH DALAM KELUARGA, BARAKAH DALAM KERJAYA”
 
Alhamdulillah, Program Ceramah Agama “Sakinah Dalam Keluarga, Barakah Dalam Kerjaya” telah berlangsung dengan jayanya di Hospital Slim River.
Hospital Slim River merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri atas kesudian menyampaikan ceramah yang penuh dengan ilmu, hikmah dan inspirasi.
 
Penghargaan turut dizahirkan kepada semua warga Hospital Slim River serta para peserta yang telah hadir dan memberikan sokongan dalam menjayakan program ini.
Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah Hospital Slim River selaku urus setia program atas komitmen, kerjasama dan usaha yang tidak mengenal penat lelah dalam merancang serta memastikan kelancaran penganjuran program ini.
 
Semoga segala ilmu dan nasihat yang dikongsikan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian, seterusnya membentuk keluarga yang sakinah, memperkukuh nilai-nilai murni serta meningkatkan keberkatan dalam kerjaya dan perkhidmatan kepada masyarakat.
 
“Ilmu yang bermanfaat menjadi bekalan, keluarga yang sakinah menjadi kekuatan, dan keberkatan dalam pekerjaan menjadi harapan.”

   

      

googlemap1

HOSPITAL SLIM RIVER
35800 Slim River
Perak Darul Ridzuan

  05-4508000
   h_sriver@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

035813
Today: 44
Total: 35,813

Latest Update

  • 06 October 2026

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video