Pengenalan

kluster

Hospital Kluster merupakan inisiatif yang telah dikenalpasti untuk pelaksanaan di bawah program Transformasi Sistem Kesihatan. Ia melibatkan kolaborasi beberapa hospital berpakar dan tanpa pakar yang terletak di dalam negeri yang sama dan kawasan geografi yang berdekatan. Hospital ini digabungkan di bawah satu tadbir urus dan berfungsi sebagai hospital kluster.

Perkhidmatan kepakaran disediakan kepada semua pesakit yang berada di dalam liputan rangkaian kesemua hospital yang terlibat dan kesemua sumber manusia, fasiliti, dan lain-lain kemudahan dikongsi di antara kesemua hospital di dalam kluster tersebut.

Projek Rintis Hospital Kluster telah mula dilaksanakan sejak tahun 2014 di tiga buah negeri iaitu Pahang, Melaka dan Sabah. Berikutan kejayaan Projek Rintis ini, konsep Hospital Kluster telah diperluaskan ke seluruh Malaysia secara berperingkat.

Hospital Kluster Perak Utara (HKPU) mula beroperasi pada bulan Julai 2017 yang melibatkan Hospital Taiping (hospital berpakar) sebagai hospital peneraju, manakala hospital bukan peneraju adalah Hospital Kuala Kangsar, Hospital Parit Buntar, Hospital Selama dan Hospital Gerik yang kesemuanya merupakan hospital tanpa pakar. HKPU merupakan Hospital Kluster Tipikal yang terbesar di Semenanjung Malaysia.

timeline

mapkluster

Hospital Kluster Perak Utara