Piagam Pelanggan Hospital Taiping:
- Setiap pesakit akan diberi rawatan perubatan sewajarnya yang berkualiti di hospital ini.
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
- Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan, termasuk risiko dan pilihan yang lain.
- Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang lebih sesuai.
- Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan dipelihara semasa menerima rawatan.
- Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya dan tertakluk kepada undang-undang.
Masa Menunggu Bagi Rawatan Kecemasan:
- Kes kritikal (zon merah) dirawat dengan serta merta
- Kes separa kritikal (zon kuning) dirawat di dalam masa 30 minit
- Lain-lain kes (zon hijau) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit
Pencapaian Piagam Pelanggan Hospital Taiping