Jabatan Kecemasan & Trauma

  • Jabatan Kecemasan dan Trauma berfungsi 24 jam dan memainkan peranan penting dalam memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit bagi
    menyelamatkan nyawa, mengurangkan kesakitan dan mengelakkan komplikasi.  Ia menjadi salah satu pintu masuk utama ke hospital bagi
    pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan selain daripada klinik pakar. Jabatan ini juga merupakan pusat rujukan bagi kawasan Perak Utara
    yang terdiri dari Hospital Gerik, Hospital Kuala Kangsar, Hospital Selama,  Hospital Parit Buntar, klinik-klinik  Kesihatan di Kawasan PKD Larut
    Matang dan Selama, PKD Kerian, Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) dan juga hospital serta klinik swasta di sekitar Bandar Taiping. Selain
    dari kes-kes kecemasan, jabatan ini juga turut mengendalikan kes medikolegal seperti keganasan rumahtangga dan penderaan di Pusat Khidmat
    Krisis Bersepadu ataupun dengan nama lain ’One stop Crisis Centre’ (OSCC), serta memberikan perkhidmatan ambulan prahospital (PHC). 
               
  •  

    Fungsi utama Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Taiping dengan memberi beberapa perkhidmatan yang mempunyai tanggungjawab tersendiri.

    Perkhidmatan tersebut ialah:

    1. Perkhidmatan Rawatan Kecemasan
    2. Perkhidmatan Pengurusan Pra-Hospital (PHC)
    3. Perkhidmatan Pengurusan Bencana
    4. Pasukan Tindakan Kecemasan
    5. Perkhidmatan Pasukan Perubatan Tunggu-sedia
    6. ‘One Stop Crisis Centre’ (OSCC)
  •  

    VISI

    Untuk Menjadikan Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Taiping, Sebagai Pusat Cemerlang Dalam Perkhidmatan Rawatan Awal.

     

    MISI

    Menentukan Perkhidmatan Kecemasan Yang Diberi Oleh Anggota Terlatih Yang Berpengetahuan Serta Menepati Kepuasan Pelanggan Berteraskan Budaya

    Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.

  •  

    OBJEKTIF

    Menyediakan perkhidmatan kecemasan yang mudah diperolehi, cekap dan berkualiti serta berkesan kepada pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan  

    Dan juga yang memerlukan rawatan untuk kecederaan akibat kemalangan.

     

    PIAGAM PELANGGAN

    Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
     
    Jabatan ini beroperasi 24 jam sehari. Semua pesakit akan disaring di Kaunter Triage.
     
    Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut :
     
    *Kes kritikal (Zon Merah) diberi rawatan serta merta.
    *Kes separa kritikal (Zon Kuning) diberi perawatan awal dalam masa 30 minit.
    *Lain-lain kes (Zon Hijau) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit (dalam masa 90 minit).
     
    Keutamaan juga akan diberikan kepada bayi, warga emas, orang kurang upaya dan kes-kes berkaitan perundangan.
     
    Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan rawatan.
     
    Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin tertakluk kepada peruntukan undang-undang.
     
    Kemudahan dan pentadbiran yang bersih, selesa dan selamat disediakan
  • Jabatan Kecemasan & Trauma diketuai oleh seorang Pakar Perubatan Kecemasan selaku Ketua Jabatan. Di bawah beliau terdapat Pakar Perubatan
    Kecemasan lain yang membantu dalam pengurusan klinikal dan pentadbiran jabatan. 

     

     

     

                                                                                                                                     

     

     

     

     

     

  • Perkhidmatan yang ditawarkan mengikut kategori pesakit selepas melalui proses kaunter triage .

     

    1. Zon Merah adalah zon kritikal di mana pesakit akan dilihat dengan serta merta. Zon ini mempunyai 5 buah katil.
    2. Zon Kuning adalah zon separa kritikal dimana pesakit akan dilihat dalam masa setengah jam selepas proses triage atau selepas selesai kes kritikal.

      Zon ini mempunyai 12 katil.

    3. Zon Hijau adalah zon tidak kritikal dimana pesakit harus dilihat dalam masa 90 minit selepas proses triage.

     

    Selain daripada itu, jabatan turut menyediakan ruang lain untuk kes-kes tertentu:

     

    1. Bilik Asma di mana pesakit asma mendapatkan rawatan awal seperti pemberian nebulizer.
    2. Bilik Prosedur merupakan bilik untuk mendapatkan rawatan mencuci luka, menjahit luka (T&S), mendapatkan suntikan

      anti-tetanus, penahan sakit dan melakukan ECG serta pengambilan spesimen klinikal.

    3. Zon Pemerhatian pula adalah zon untuk pesakit menerima rawatan lanjut disamping pemerhatian lanjut sebelum

      pesakit dinilai semula (review) samada pesakit perlu dimasukkan ke  wad ataupun dibenarkan pulang.

      Zon ini mempunyai 8 katil.

    4. Bilik Kaunseling ataupun Pusat Khidmat Krisis Bersepadu, untuk mengendalikan kes-kes keganasan rumah tangga, penderaan

      kanak-kanak, rogol, cabul ataupun liwat.

    5. Bilik Dekontaminasi untuk merawat kes-kes penyakit berjangkit seperti MersCov, Influenza ataupun Ebola serta kes

      yang terdedah kepada pencemaran bahan kimia, biologi dan radionuklear.

    6. Bilik locum akan beroperasi semasa cuti AM

  • Perkhidmatan 24 jam