Jabatan Perubatan

  • Jabatan Perubatan merupakan jabatan terbesar di Hospital Taiping. Objektif umum bagi Jabatan Perubatan adalah untuk penyampaian perkhidmatan
    perubatan yang holistik, berkualiti, berkesan, mesra pelanggan dan selamat sejajar dengan perkembangan teknologi semasa. Objektif khusus
    Jabatan Perubatan adalah untuk menyediakan perkhidmatan perubatan berkualiti dengan memberi penekanan kepada 'patient safety', memastikan
    pengurusan kualiti yang berkesan dan menyeluruh semasa penyampaian perkhidmatan, memastikan penyampaian perkhidmatan oleh kakitangan
    yang kompeten dari segi teknikal dan pengurusan softskill dan meningkatkan assesibiliti rawatan harian kepada pesakit dan mengurangkan
    kesesakan di hospital berpakar serta mengurangkan morbiditi dan mortaliti.

     Jabatan Perubatan mempunyai 177 katil iaitu kira-kira 29.11% daripada 608 katil rasmi di Hospital Taiping. Bagi mengendalikan perkhidmatan, jabatan
    ini mempunyai 10 orang pakar,Ketua Jabatan & Pakar Perunding Perubatan Kanan dan Pakar Endokrinologi, Gred khas  B, 1 orang Pakar perunding perubatan
    Nefrologi Gred khas C,1 orang Pakar perunding perubatan Respiratori Gred khas C,Pakar perubatan UD54(Geriatrik) dan 6 orang Pakar perubatan UD52/48/44.
    Selain itu, jabatan ini mempunyai 24 orang Pegawai Perubatan dan 19  orang Pegawai Perubatan Siswazah.  Di samping itu, ia juga disokong oleh anggota
    paramedik iaitu 1 orang Penyelia Jururawat U36, 17 orang Ketua Jururawat,1 orang Ketua Jururawat U41,163  orang Jururawat Telatih/ 15 orang KUP, 11 
    orang Jururawat Masyarakat, 2 orang Pembantu Tadbir, 1 orang Pen. Jururawat, 2 orang Penolong Pegawai Perubatan U32, 8 orang Penolong Pegawai
    Perubatan dan 70 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.


     Jabatan Perubatan menjalankan perkhidmatan perawatan pesakit (secondary dan tertiary referral centre). Jabatan Perubatan mempunyai 9 wad iaitu
    CCU, C4, C5, C6, D2, D4, D5, D6, wad Geriatrik (A2) dan A4(TB) yang merangkumi wad 1st class, 2nd class, 3rd class, isolation dan wad TB. 
    Jabatan ini berfungsi sebagai pusat rujukan bagi Klinik-klinik Kesihatan dan juga hospital lain seperti Hospital Kuala Kangsar, Parit Buntar, Gerik dan Selama,
    malah dari Hospital Swasta, Penjara Taiping dan Kamunting untuk rawatan penyakit khasnya Perubatan Am, Nefrologi, Respiratori dan Endokrinologi.
    Makmal Jantung menyediakan perkhidmatan Ekokardiografi (dewasa & bayi/kanak-kanak), Stress test, Holter dan program pemulihan pesakit jantung. 
    Makmal Respiratori menyediakan perkhidmatan Lung Function Test, Spirometry,  Diagnostic Fibreoptic Bronchoscopy serta sleep study
     Klinik-klinik yang terdapat pakar di Jabatan Perubatan Hospital Taiping adalah seperti berikut :-

    • Nefrologi
    • Respiratori
    • Endokrinologi
    • Obesiti (bersama Jabatan Surgeri)
    • Diabetes/ Hypertension/ Cardiology
    • Respiratory
    • Geriaterik
    • Diabetic Foot Clinic (bersama Jabatan Ortopedik)
    Pakar lawatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
    • Rheumatologi (setiap 2 bulan)
    • Haematologi (setiap 2 bulan)
    • Infectious Disease (setiap bulan)
    • Kardiologi (setiap 2 bulan)
    • Gastroenterologi (setiap bulan)
    • Dermatologi (setiap bulan)
    • Infectious Disease (setiap bulan)
    • Haemophilia (setiap 3 bulan)
    • Wellness clinic (2 kali dalam sebulan)
     
    Pakar lawatan dari Hospital Pulau Pinang
    • Neurologi (setiap 2 bulan)
    Di samping itu, jabatan ini turut menjalankan latihan dalam perkhidmatan bagi anggota Jabatan Perubatan seperti MRCP dan kursus di luar dan dalam hospital.  Jabatan ini juga memberi perkhidmatan kaunseling pendidikan kesihatan kepada pesakit Diabetis yang lokasi operasi kini terletak di bangunan klinik pakar perubatan yang dikendalikan 2 orang Jururawat terlatih bertugas yang sepenuh masa.  Selain itu, penyelidikan juga dibuat tentang penyakit dan aktiviti-aktiviti kualiti. Jabatan ini telah mewujudkan Pusat Sumber Diabetes untuk menjalankan kelas diabetes setiap minggu dan memberikan perkhidmatan kaunseling kepada pesakit diabetes. Di samping itu pusat sumber diabetes juga memberi perkhidmatan pendidikan dan latihan kepada pelatih jururawat dan anggota hospital berkaitan pemakanan, pemantauan paras glukos di rumah, ubatan, insulin dan penjagaan kaki. 
     Terdapat 6 buah bilik pemeriksaan Pegawai Perubatan di klinik ini. Pada setiap Isnin hingga Khamis, semua bilik digunapakai. Pada klinik Endokrine dan Metabolik, sessi kaunseling kepada pesakit Diabetes dilaksanakan oleh Jururawat Pusat Sumber Diabetes di sudut bacaan Poliklinik. Pada hari klinik 'Infectious Disease', kaunseling kepada pesakit dijalankan di bilik bersebelahan Ketua Jabatan.
     Perkhidmatan Klinik Perubatan diadakan 4 hari seminggu iaitu pada hari Isnin hingga Khamis pada sebelah pagi dan petang. Sesi klinik pagi terdiri daripada DM/ HPT/ Metabolic, Endokrine, Kardiologi, Haematologi, Gastroenterologi, 'Infectious Disease, Neurologi', Dermatologi dan Rheumatologi. Selain daripada klinik- klinik perubatan, terdapat 2 lagi klinik iaitu klinik Geriatrik yang diketuai Pakar Geriatrik pada setiap hari Isnin dan Klinik Haemophilia oleh pakar bermula 10 Ogos 2012. Sesi klinik sebelah petang dijalankan oleh Pegawai Perubatan untuk 'review' keputusan darah atau Laporan Radiological atau compliant ubat/suntikan oleh pesakit. Pesakit yang “stabil” atau menghadapi masalah logistik/sosial dibenarkan discaj dan meneruskan rawatan susulan di klinik terdekat.
     Penyelidikan merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh Ketua Jabatan dan pakar-pakar perubatan dari pelbagai disiplin yang melibatkan anggota-anggotanya pada tahun 2013 yang berjumlah sebanyak 18 bidang. (Satu Publikasi dalam journal antarabangsa : International Journal Of Pyschogeriatrik, Peer Review Journal : Penang Medical Journal, Presentation in oral and poster peringkat kebangsaan : NCCR 2013 and 9th National Geriatric Conference), Anggota –anggota Unit Rawatan Koronari terlibat dalam mengumpul data, menyemak, dan menganalisa data bagi Key Performance Indicator STEMI/Non STEMI.
     Setiap minggu Jabatan Perubatan mengadakan mortality review, case presentation, drug talk, serta CME oleh Pegawai Perubatan, Pegawai Perubatan Siswazah, dan untuk Paramedik
  • VISI
    Mewujudkan sebuah jabatanPerubatan yang dinamik dan cemerlang.
     
    MISI
    Untuk memberi kepuasan pelanggan secara komprehensif dan berfokuskan pelanggan. Misi ini dapat dicapai melalui kerja berpasukan oleh semua peringkat anggota kesihatan.
     
    PIAGAM PELANGGAN
    1. Kami akan berusaha supaya setiap pesakit akan dilihat oleh pakar perubatan setiap kali berurusan diklinik.
    2. Setiap kes rujukan akan diterima dan dilihat pada hari klinik yang sama.
    3. Kami akan berusaha untuk membuat penyelidikan dan memberi rawatan yang berpatutan
    4. Setiap pesakit akan diberi pendidikan kesihatan yang relevan dan terkini sebelum dirujuk semula ke klinik susulan untuk rawatan selanjutnya.
     
    OBJEKTIF JABATAN PERUBATAN
    1. Untuk memberi rawatan kepada pesakit-pesakit yang mempunyai masalah kompleks yang tidak boleh dirawat dijabatan pesakit luar atau poliklinik.
    2. Untuk menstabilkan keadaan mereka yang tenat melalui rawatan rapi supaya:
    3. Mengurangka kesakitan dan kesusahan disebabkan penyakit yang ditanggung dengan segera
    4. Mengurangkan kemungkinan kematian yang dijangka
    5. Mengurangkan komplikasi hasil dari penyakit dan rawatan.
  • Kaunter Pendaftaran Akan Dibuka Pada 7.30am
    • Pesakit Hendaklah Datang Mengambil No Giliran Mengikut Masa Temujanji Yang Diberi Atau Setengah Jam Awal Dari Masa Yang Diberi.
    • Cth : Temujanji Yang Diberi 8.00am
    • No Giliran Boleh Diambil Jam 7.30am
    • Surat Pengesahan Majikan (Gl) / Surat Sekolah Perlu Diperbaharui Setiap 3 Bulan Sekali.
    • Keutamaan Akan Diberi Kepada Warga Emas , Oku Pesakit Berkerusi Roda Dan Ibu Mengandung.