Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Taiping adalah sebuah pusat rawatan kesihatan mental yang merupakan pusat rujukan bagi kes-kes dari Hospital Kerajaan, Klinik-klinik Kesihatan dan Klinik swasta di dalam kawasan operasi yang meliputi daerah Larut Matang, Selama , Kerian , Kuala Kangsar dan selatan Kedah dan Pulau Pinang. Jabatan ini terdiri dari enam unit yang berbeza iaitu Setiap satunya mempunyai fungsi dan aktiviti yang tersendiri. VISI Mewujudkan masyarakat yang mempunyai kesihatan mental yang baik dengan memberi penekanan kepada langkah-langkah mempromosikan kesihatan mental Memberi khidmat rawatan dan pemulihan termasuk program di dalam komuniti yang berkualiti kepada pesakit-pesakit psikiatri dengan sumber yang sediaada agar mereka dapat mencapai potensi yang optima dan kehidupan yang berkualiti. MISI Menggalakkan orang ramai untuk menghargai kesihatan mental seperti juga kesihatan fizikal dan mencapai potensi kesihatan mental yang optima serta mengambil langkah-langkah untuk mengekalkan kesihatan mental yang baik demi untuk kehidupan yang lebih sempurna. Memberi rawatan dan pemulihan yang maksima untuk pesakit melalui sumber-sumber yang sedia ada agar mereka dapat mencapai kehidupan yang lebih berkualiti dan cemerlang. OBJEKTIF Untuk memberi perkhidmatan komprehensif kepada pesakit-pesakit yang mempunyai masalah kesihatan mental dengan rawatan yang efektif dan pemulihan semaksima boleh PIAGAM PELANGGAN Setiap pesakit akan diberikan rawatan sewajarnya Setiap pesakit akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, jujur dan ikhlas Setiap pesakit diberi jaminan kehormatannya akan sentiasa terpelihara semasa rawatan diberi Setiap pesakit atau warisnya akan dimaklumkan dengan jelas mengenai kaedah rawatan, gejala penyakit dan kesan sampingan dari ubat-ubatan Semua maklumat mengenai penyakit serta rawatannya adalah rahsia dan hanya boleh diberitahu pihak tertentu tertakluk kepada undang-undang Klinik Susulan ECT Pagi Petang Isnin – Khamis 8.00 am – 1.00 pm 2.00 pm – 5.00 pm Jumaat 8.00 am – 12.15 pm 2.45 pm – 5.00 pm Aktiviti Bulanan Mesyuarat Jabatan untuk membincangkan masalah jabatan dan cara-cara meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Hari
Pagi
Petang
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Hari
kekerapan
Aktiviti
Khamis petang minggu pertama
Setiap 3 bulan
Selasa pagi minggu kedua dan keempat
Setiap bulan
Lawatan Pakar Psikiatri ke Hospital Selama
Jumaat pagi minggu ketiga
Setiap bulan
Lawatan Pakar Psikiatri ke Hospital Parit Buntar
Isnin pagi minggu kedua dan keempat
Setiap bulan
Lawatan Pakar Psikiatri Kanak-kanak & Remaja ke Hospital Ipoh
Selasa pagi minggu keempat
Setiap bulan
Lawatan Pakar Psikiatri & Pegawai Perubatan ke Penjara/Pusat Koreksional
Jabatan Psikiatrik & Kesihatan Mental