-
Pengenalan
-
MISI, VISI, OBJEKTIF
-
Fungsi Unit
-
Jadual Klinik
- Perkhidmatan Nefrologi Hospital Taiping merupakan salah satu unit kepakaran dibawah Jabatan Perubatan. Perkhidmatan yang diberikan merangkumi
Hemodialisis kronik (Pesakit Tetap), Hemodialisis akut (Pesakit Wad), Klinik Nefrologi, Continuos Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) dan Program Transplant.
Unit ini juga menjadi rujukan dalam rangkaian unit Hemodialisis (HDU) di Hospital Parit Buntar, Hospital Selama dan Hospital Kuala Kangsar.
VISI
Menjadikan sebuah unit yang berwibawa, didokong oleh anggota yang mengamalkan budaya kerja cemerlang dan bantuan suasana kerja yang selesa dan selamat serta kemudahan peralatan yang bersesuaian bagi membantu pesakit mengekalkan kualiti hidup.
MISI
Menyediakan perkhidmatan klinikal yang selamat dan kemudahan rujukan kepada pesakit berkaitan nefrologi
OBJEKTIF
- Meningkatkan tahap kemampuan dan mutu rawatan hemodialisis.
- Meningkatkan kemampuan dan kualiti rawatan CAPD (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis).
- Menggalakkan perawatan pemindahan buah pinggang serta memberi perkhidmatan penjagaan selepas pembedahan buah pinggang.
- Melaksanakan langkah-langkah pencegahan penyakit kegagalan buah pinggang dengan cara meningkatkan mutu rawatan dan jumlah pesakit yang dirawat di Klinik Nefrologi Am.
- Meningkatkan tahap pengetahuan serta kesedaran kepada orang ramai dan kakitangan terhadap penyakit buah pinggang.
- Unit ini memberi kemudahan rawatan hemodialisis kepada pesakit – pesakit ‘Chronic Kidney Disease’ (CKD) yang layak mengikut kriteria tertentu. Pesakit yang diterima menjalani rawatan tetap di kenali sebagai ‘centre patient’ atau juga kronik hemodialisis. Masa rawatan yang ditetapkan bagi setiap pesakit adalah 4 jam setiap sesi dan 3 kali seminggu.
- Selain dari ‘centre patient’ rawatan juga diberi kepada kes – kes kecemasan sebagaimana diarahkan oleh Pakar Nefrologi. Kes-kes berkenaan dari kes ICU atau wad dan ianya dikenali sebagai Akut hemodialisis
- Menjadi pusat rujukan kes-kes bagi hospital – hospital Perak Utara (Hospital Kuala Kangsar, Hospital Selama dan Hospital Parit Buntar )
- Menjalankan klinik susulan untuk semua kes – kes yang bersangkutan dengan penyakit buah pinggang.
- Memberi latihan kepada pesakit yang membuat pilihan menjalani rawatan CAPD.
- Membuat persediaan kepada pesakit – pesakit yang sesuai untuk pemindahan buah pinggang serta klinik susulannya. Menjalankan program pendidikan kesihatan dan pameran untuk orang awam dan kakitangan kesihatan.
KLINIK NEFROLOGI
HARI
|
MASA
|
KLINIK
|
ISNIN
|
8.00 Pagi – 1.00 Petang
|
Klinik Nefrologi Am
|
SELASA
|
8.00 Pagi – 1.00 Petang
|
Klinik Pre Dialisis
|
RABU
|
8.00 Pagi – 1.00 Petang
|
Klinik Dialisis, Transplant dan CAPD
|
KHAMIS
|
8.00 Pagi – 1.00 Petang
|
Renal Biopsy dan Pengambilan Spesimen
|
JUMAAT
|
8-00 Pagi – 12.00 petang
|
Klinik lawatan Pakar
|
SABTU
|
TUTUP
|
|
AHAD
|
TUTUP
|
|
UNIT HEMODIALISIS
HARI
|
MASA
|
LOKASI
|
ISNIN
|
7.00 Pagi – 5.00 Petang
|
Unit Hemodialisis
|
SELASA
|
7.00 Pagi – 5.00 Petang
|
Unit Hemodialisis
|
RABU
|
7.00 Pagi – 5.00 Petang
|
Unit Hemodialisis
|
KHAMIS
|
7.00 Pagi – 5.00 Petang
|
Unit Hemodialisis
|
JUMAAT
|
7.00 Pagi – 5.00 Petang
|
Unit Hemodialisis
|
SABTU
|
7.00 Pagi – 5.00 Petang
|
Unit Hemodialisis
|
AHAD
|
TUTUP
|
|
Perkhidmatan Hemodialisis Akut (Perkhidmatan pesakit dalam)
HARI
|
MASA
|
LOKASI
|
ISNIN - AHAD
|
24 JAM
|
HEMODIALISIS WAD D2 (Untuk Kes kemasukan Wad sahaja)
|