• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Obstetrik & Ginekologi

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi

  • Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Taiping memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat sekitar Daerah Larut, Matang dan Selama, Kerian dan

    Hulu Perak. Di samping Perkhidmatan Kesihatan, Jabatan ini juga dikenali sebagai Pusat Latihan kepada Pegawai Perubatan Siswazah, Pegawai Perubatan Pakar,

    Kebidanan, Jururawat Masyarakat dan Jururawat Terlatih. Jabatan ini terdiri daripada 2 Jusa C, 3 orang Pakar dan 15 orang Pegawai Perubatan.  Seramai 16

    hingga 20 orang Pegawai Perubatan Siswazah,  2 orang Penyelia Jururawat, 13 orang Ketua Jururawat,  102 orang Jururawat,   74 orang Jururawat Masyarakat,

    2 orang Bidan dan 40 orang Pembantu Perawatan Kesihatan turut ditempatkan di Jabatan ini.



  •  VISI                                                                                                                                                                                                                                                     Mencapai Tahap Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Perbidanan dan Sakit Puan.

     MISI

    • Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan profesional untuk merangsang dan memudahkan wanita untuk mencapai sepenuhnya kemampuan
    • kesihatan reproduktif dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kesihatan keluarga yang lebih bermutu.
    • Menjadi pusat rujukan, latihan dan pendidikan kesihatan reproduksi yang diiktiraf

    OBJEKTIF

    • Meningkatkan tahap kelahiran bayi yang hidup.
    • Mengurangkan kecederaan dan kemalangan kepada bayi-bayi.
    • Mengurangkan ‘residual effect’ ke atas bayi-bayi.
    • Mengurangkan kelambatan kelahiran.
    • Mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan kepada ibu-ibu.
    • Mengurangkan komplikasi kelahiran.
    • Memendekkan masa pemulihan.
  •  PERKHIDMATAN

     Jadual waktu mingguan unit ini adalah seperti ditunjukkan di bawah. Klinik Antenatal dan Ginekologi beroperasi setiap 4 hari seminggu dari Isnin hingga Khamis.

    “Combine Clinic” dikendalikan bersama Pakar Perubatan sebulan 2 kali. Klinik Urogynaenology dikendalikan oleh Pakar Urogynaecology dari Hospital Ipoh 1 bulan sekali.

    Klinik “Prevention Of Pregnancy” beroperasi sebulan 2 kali. Perkhidmatan “Day Care” dijalankan pada setiap petang. Perkhidmatan-perkhidmatan lain adalah termasuk Pap Smear, Colposcopy, Detail Scan dan pemeriksaan awal kehamilan.

     

    WAKTU OPERASI

    HARI

    MASA

    KLINIK

     

    ISNIN

    8.00 -1.00 ptg

    2.00 – 5.00 ptg

    Klinik Antenatal/Ginekologi

    Day Care

     

    SELASA

    8.00 – 1.00 ptg

    2.00 – 5.00 ptg

    Klinik Antenatal/Ginekologi

    Klinik Urogynaekologi  (Minggu ke 4 sahaja)

    Day Care

     

    RABU

    8.00 – 1.00 ptg

    2.00 – 5.00 ptg

    Klinik Antenatal/Ginekologi

    Day Care

    Combine Clinic (Minggu ke 2 dan ke 4 sahaja)

     

    KHAMIS

    8.00 – 1.00 ptg

    2.00 – 5.00 ptg

    Klinik Antenatal/Ginekologi

    Day Care

    Pre Pregnancy Clinic (Minggu ke 1 dan ke 3 sahaja)

    JUMAAT

    8.00 – 12.15 ptg

    2. 45 – 5.00 ptg

    Aktiviti Pembelajaran/Terima temujanji dari luar

    Aktiviti Pembelajaran/ Terima temujanji dari luar

  • A) PESAKIT LUAR

    • Kes-kes yang dirujuk ke klinik pakar daripada klinik kesihatan dan hospital yang berdekatan akan dimasukkan ke wad atau diberikan temujanji.
    • Kes-kes dari unit kecemasan akan dimasukkan ke wad sakit puan, wad bersalin atau diberi temujanji untuk datang ke klinik pakar untuk rawatan lanjut

    B) PESAKIT DALAM

        i) Antenatal 

    Kes ibu mengandung yang perlu mendapat perawatan dan penjagaan yang terperinci di dalam wad seperti kes PIH, Pre Eclampsia,

    Placenta Previa dan Premature Labour. 

      ii) Natal

    Pesakit yang dalam proses kelahiran yang perlu diberi pemerhatian yang rapi di dewan bersalin serta tindakan segera diambil jika berlaku fetal

    distress, prolonged labour dan sebagainya untuk menyelamatkan ibu dan bayi. 

    iii) Postnatal

    • Pesakit yang telah bersalin secara normal atau pembedahan yang tiada mengalami komplikasi akan dibenarkan pulang dengan diberi tarikh

              temujanji di klinik berdekatan.

    • Pesakit yang mempunyai komplikasi pula akan dirujuk ke klinik berdekatan dibawah penjagaan dan pengawasan anggota kesihatan serta diberi tarikh
              temujanji semula ke klinik pakar untuk tindakan selanjutnya. 
    • Doktor Peadiatrik akan membuatkan rondaan dan pemeriksaan ke atas bayi bagi memastikan bayi tidak bermasaalah sebelum discaj.

     

    GYNAECOLOGY 

    • Memastikan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan reproduktif menerima perawatan. 

     

    • Memastikan tahap kesihatan pesakit perempuan yang sedang menghidapi “hormone disorder” dan penyakit-penyakit kelamin berada di dalam
              keadaan yang terkawal dan beransur pulih.