- PENGENALAN
- POLISI-POLISI BERKAITAN
- TANGGUNGJAWAB DAN TADBIR URUS
- CARTA ORGANISASI
- TERMA DAN RUJUKAN
- KOMPONEN DAN SKOP TUGAS JAWATANKUASA
- PELAKSANAAN
- PEMANTAUAN KEPATUHAN DAN KEBERKESANAN
- AKTIVITI
- RISALAH
Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan satu konsep yang digunakan dalam pengurusan hospital untuk mencapai nilai-nilai kecemerlangan dan jati diri pada kakitangan hospital serta memfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan melalui penerapan dan penghayatan ibadah semasa dan selepas mendapat rawatan. Hospital Taiping telah memulakan program HMI sejak tahun 2014.
Hospital Mesra Ibadah menekankan konsep sakit bukan alasan dan halangan di dalam membuat kerja-kerja bersangkutan dengan ibadah. Polisi ini bertujuan untuk mempromosi amalan terbaik dalam melaksanakan Program HMI selaras dengan aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).
- MISI
Menjadikan esok lebih baik dari hari ini.
- VISI
Berusaha mengintegrasikan rawatan fizikal, psikososial, mental dan rohani.
- MATLAMAT
- Menghasilkan Pegawai Pelaksana Mesra Ibadah (PPMI) yang kompeten dan mesra untuk membimbing para pesakit dan waris untuk melaksanakan ibadah berlandaskan fiqh ibadah yang betul.
- Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat berkaitan isu fiqh perubatan dan kaunseling Syari’e melalui pegawai agama yang telah dilantik.
- Menganjurkan latihan secara berkala seperti yang disarankan oleh modul HMI kepada kakitangan hospital mengikut keperluan bidang tugas masing-masing.
- Menyediakan persekitaran mesra ibadah meliputi kakitangan kesihatan, pesakit dan waris supaya penerapan amalan mesra ibadah di hospital dapat dihayati dan difahami.
- OBJEKTIF
- Memastikan pesakit muslim dan waris menerima bimbingan yang betul dalam melaksanakan ibadah serta amalan keagamaan; dan
- Memastikan kakitangan hospital mendapat latihan dan pendedahan asas mengenai fiqh ibadah serta nilai-nilai islam dalam menjalankan tugas.
- MISI
- Polisi Amalan
- Hospital Taiping melaksanakan Program Hospital Mesra lbadah (HMI) berdasarkan Manual HMI yang telah disediakan oleh pihak KKM.
- Pesakit yang dimasukkan ke hospital hendaklah diberikan orientasi HMI.
- Pelaksanaan HMI hendaklah selari dengan Polisi Hak Pesakit dan Keluarga Hospital Taiping yang menjaga dan mengawal hak dan tanggungjawab pesakit dan keluarga sepanjang rawatan, penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang disampaikan oleh pihak Hospital Taiping.
- Polisi Tempat Amalan
- Hospital Taiping hendaklah mempunyai ruang untuk beribadah dan infrastruktur yang sesuai dengan HMI.
- Tiada perlambangan, patung ataupun bau-bauan diletakkan di mana-mana bahagian di dalam wad, ruang ibadah dan lain-lain kawasan di fasiliti KKM bagi menjaga sensitiviti penganut agama-agama lain.
- Tempat penyimpanan mayat orang lslam dan orang bukan lslam hendaklah diasingkan.
- Tempat mandi jenazah orang lslam hendaklah diasingkan daripada jenazah orang bukan lslam.
- Terdapat perkhidmatan kereta jenazah orang lslam dan bukan lslam di Hospital Taiping
- Polisi Sumber Manusia
- Perkhidmatan Hospital Taiping hendaklah mempunyai Pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam yang ditempatkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
- Bilangan perjawatan Pegawai Hal Ehwal lslam JAKIM yang diperlukan Hospital Taiping mengikut bilangan katil adalah seperti yang ditetapkan di dalam Manual Hospital Mesra Ibadah 2018.
- Polisi Kerjasama
1. Jawatankuasa HMI boleh menjalinkan kerjasama berterusan dan bersesuaian dengan individu sukarelawan agama ataupun pertubuhan bukan kerajaan yang sah di peringkat komuniti termasuklah dalam aspek latihan. Perkhidmatan sukarelawan agama tertakluk kepada Garis Panduan Khidmat Sukarela Di Hospital hospital KKM 2016.
2. Sehingga tahun 2021, Jawatankuasa HMI Hospital Taiping bekerjasama dengan: - Jawatankuasa Surau Hospital Taiping
- Majlis Agama Islam Negeri Perak
- Jabatan Agama Islam Negeri Perak
- Persatuan Islam Jabatan Perubatan, Kesihatan dan Pergigian Taiping (PERSIS)
- Rumah Ngaji cawangan Taiping
- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapiem)
- Polisi Amalan
- Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah
Jawatankuasa Hospital Mesra lbadah berperanan memudah cara dalam komunikasi di antara pihak hospital dan komuniti agama. Keanggotaan hendaklah merangkumi semua pihak berkepentingan.- Penaung : Pengarah Hospital
- Pengerusi : Pegawai Kanan beragama Islam (lantikan penaung)
- Setiausaha : Pegawai Agama
Ahli Jawatankuasa:
- Timbalan Pengarah (Perubatan)
- Timbalan Pengarah (Pengurusan)
- Jawatan Kecil Latihan – Pegawai Perubatan, Ketua Penyelia Hospital, Ketua Penyelia Jururawat Hospital, Pegawai Psikologi dan Kaunseling
- Jawatan Kecil Promosi – Pegawai Pendidikan Kesihatan, Pegawai Perhubungan Awam, Wakil Sukarelawan Hospital
- Jawatankuasa Kecil Audit – Pegawai Perubatan, Ketua Unit Kualiti, Pegawai Kerja Sosial Perubatan
- Catatan:
- Jawatan Penaung boleh dipegang oleh Pengarah Hospital yang bukan beragam Islam, namun bagi jawatan-jawatan lain hendaklah diisi oleh pegawai yang beragama Islam
- Pengisian ahli jawatankuasa adalah mengikut kesesuaian keadaaan semasa hospital.
- Jawatankuasa Privileging Hospital Mesra Ibadah
Jawatankuasa yang menetapkan pemberian privileging kepada anggota hospital sebagai PPMI dan liaison officer Program HMI.- Penaung : Pengarah Hospital
- Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa HMI
- Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengerusi JK HMI
- Setiausaha : Pegawai Unit Hal Ehwal Islam Hospital
- Ahli JK : 3 pegawai HMI Educator ( sama ada Pegawai Perubatan, Jururawat atau Penolong Pegawai Perubatan )
- Tanggungjawab Ahli JK Privileging HMI
- Menerajui dan melaksanakan aktiviti privileging program HMI di peringkat hospital
- Memantau dan menilai pelaksanaan dan keberkesanan program privileging hospital
- Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau bergantung kepada permohonan dari kalangan anggota hospital
- Memberi kelulusan privileging selepas mendapat persetujuan ahli mesyuarat
- Menarik semula kelayakan privileging atas sebab-sebab tertentu merujuk kepada Panduan Privileging Pengurusan Ibadah Pesakit HMI tahun 2021.
- Meminda dan mengemaskini prosedur-prosedur di dalam buku log mengikut kesesuaian
- Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah
- Carta Organisasi Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah Hospital TaipingCarta Organisasi Jawatankuasa Privileging Hospital Mesra Ibadah Hospital Taiping
TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA HOSPITAL MESRA IBADAH
- Menentukan hala tuju Program Hospital Mesra Ibadah.
- Menetapkan polisi, peraturan dan garis panduan.
- Menentukan peruntukan dan mengenal pasti sumber-sumber kewangan.
- Menetapkan kaedah pengiktirafan dan pensijilan.
- Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan
Infrastruktur
Setiap Wad mestilah mempunyai ruang solat yang bersih dan suci serta tanda arah kiblat.Peralatan
Segala peralatan seperti Surah Yaasin/ Al-Quran, buku panduan Ibadah, Telekung/Kain pelikat/ Kopiah/Sjadah, botol spray (semburan ) Wuduk, debu tayammum hendaklah berada ditempat yang mudah untuk diakses.Latihan
Pegawai yang terlibat akan diberikan latihan-latihan berkaitan ibadah secara berkala.KOMPONEN-KOMPONEN HMI
- Pegawai Agama dan Kakitangan Kesihatan
- Pegawai Agama = seseorang yang ahli dalam bidangnya
- Memahami keperluan kerohanian anggota dalam melaksanakan tugas harian di hospital dan pesakit serta waris sewaktu menjalani rawatan.
- Anggota membantu pesakit melaksanakan ibadah di samping menyampaikan tugas merawat dan memantau keadaan klinikal pesakit.
SKOP TUGAS JAWATANKUASA PROGRAM HMI
Bil
Jawatankuasa
Skop tugas
1
Penaung
● Sebagai Penaung Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI).
● Memberi kelulusan terhadap sesuatu perkara yang melibatkan pelaksanaan program HMI.
● Memberi cadangan dan teguran kepada pelaksanaan Program HMI dan pengisian maklumat di laman sesawang jabatan.
2
Pengerusi
● Menentukan hala tuju keseluruhan pelaksanaan Program Hospital Mesra Ibadah (HMI).
● Membentuk plan tindakan Program HMI.
● Mengenalpasti lokasi-lokasi pelaksanaan Program HMI.
● Mendapatkan pandangan Penaung dalam menggerakkan aktiviti JKHMI.
● Menentukan belanjawan serta sumber-sumber kewangan.
● Melantik penyelaras, ketua jawatankuasa kecil dan ahli jawatankuasa.
● Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan Program HMI dengan bantuan AJK HMI.
● Memantau kemajuan pelaksanaan Program HMI.
● Mempunyai kuasa untuk mengisi mana-mana kekosongan yang ada dalam urus setia JKHMI dalam perkara yang difikirkan perlu.
● Mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI) sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
● Meneliti catatan Minit Mesyuarat JKHMI serta memastikan segala keputusan yang dipersetujui diambil tindakan yang sewajarnya.
3
Setiausaha
● Menjadualkan Mesyuarat Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI).
● Menyelaras Program HMI.
● Melaporkan pelaksanaan, perkembangan dan prestasi Program HMI.
● Menyimpan rekod utama dan minit berkaitan Program HMI.
● Menghebahkan maklumat terkini berkaitan Program HMI.
● Mengedar Minit Mesyuarat untuk tindakan.Menyimpan rekod-rekod pelaksanaan Program HMI seperti mesyuarat, lawatan, pengauditan dan lain-lain.
● Membantu melaksanakan pemantauan ke atas pelaksanaan Program HMI secara berkala.
● Menyelaras penambahbaikan Program HMI dari semasa ke semasa.
4
Jawatankuasa Kecil Latihan
● Merancang modul yang bersesuaian dengan Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) untuk diguna pakai semasa Training of Trainers (TOT).
● Mengadakan TOT kepada pegawai, anggota dan kakitangan hospital secara berkala.
● Menyediakan sijil penyertaan kepada peserta yang tamat mengikuti TOT.
● Mengadakan taklimat berkaitan Program HMI kepada pegawai, anggota dan kakitangan yang baru menyertai hospital semasa program orientasi diadakan.
● Menerbit dan mengedarkan bahan bacaan, pamplet atau flyers berkaitan dengan HMI untuk dedarkan kepada pegawai, anggota, kakitangan, pesakit dan waris pesakit serta dipamerkan di papan kenyataan hospital untuk makluman orang ramai.
● Mengumpul buku dan bahan bacaan sebagai rujukan pegawai, anggota dan kakitangan, pesakit dan waris pesakit di hospital.
● Memastikan pegawai, anggota dan kakitangan yang mengikuti TOT dapat mempraktikkan sepenuhnya Program HMI.
● Membuat pemantauan secara berkala ke atas pelaksanaan dan fasiliti Program HMI di lokasi-lokasi terlibat.
5
Jawatankuasa Kecil Promosi
● Menerbitkan bahan sokongan Hospital Mesra Ibadah (HMI) (buku/artikel/gambar aktiviti) untuk diedarkan kepada orang awam.
● Membuat laporan program/aktiviti HMI yang melibatkan Program HMI untuk dimuat naik dalam laman sesawang Hospital Taiping atau mana-mana aplikasi rasmi Program HMI.
● Mengawal selia dan mengenal pasti bahan bacaan/artikel yang bersesuaian untuk dipamerkan di papan kenyataan Sudut HMI.
● Mengemaskini maklumat di papan kenyataan dan laman sesawang Hospital Taiping dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
● Bertindak sebagai Pegawai Penerengan/Pegawai Perhubungan Awam Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI) di antara pihak hospital dan orang awam berkaitan Program HMI.
● Memastikan setiap hebahan melalui bahan bercetak dan media sosial adalah tepat dan betul serta sampai kepada kumpulan sasar.
● Mewujudkan akaun Facebook, Blog HMI Group Whatsapp atau mana-mana media sosial yang difikirkan sesuai untuk memudahkan maklumat disampaikan dengan cepat dan perbincangan pendek antara ahli jawatankuasa dapat dilaksanakan dengan mudah.
● Bertindak sebagai pegawai/kumpulan multimedia bagi menyediakan bahan-bahan kempen dan promosi berkaitan Program HMI.
6
Jawatankuasa Kecil Audit
● Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) yang diadakan secara berkala (2 kali setahun).
● Mengemaskini rekod, latihan pembangunan pegawai, anggota dan kakitangan berkaitan Program HMI.
● Mengemaskini pelantikan, lantikan semula atau pemberian hak amalan (privilanging) bagi Liaison Officer/Person Incharge yang terlibat dalam pelaksanaan Program HMI mengikut kriteria yang ditetapkan.
● Menyedia dan mendokumentasikan polisi/ prosedur yang mencerminkan aspek pengetahuan dan praktikal dalam pengamalan konsep Program HMI.
● Menyediakan laporan dan memastikan peralatan serta kemudahan ruang ibadah yang disediakan untuk kegunaan pelanggan dan kakitangan mencukupi.
● Memastikan peningkatan kualiti pegawai, anggota dan kakitangan yang terlibat dengan Program HMI mematuhi senarai tugas dan mampu memberi komitmen sepanjang Program HMI.
● Mengadakan kerjasama dengan agensi luar bagi menambahbaik Program HMI dari semasa ke semasa.
- Pegawai Agama dan Kakitangan Kesihatan
- Pelan Komunikasi dan Makluman (Dissemination):
- Setelah diluluskan, polisi ini akan dimuat naik ke dalam portal laman web Hospital Taiping.
- Polisi ini akan dimaklumkan kepada Pengarah Hospital/Ketua Jabatan/Unit di Hospital Taiping.
- Polisi ini akan dimaklumkan kepada semua wad di Hospital Taiping.
- Maklumbalas daripada semua wad yang terlibat adalah diperlukan untuk menentukan bagaimana polisi ini diintergrasikan dalam perkhidmatan dan dipatuhi.
- Pelan Pendidikan dan Sokongan:
- Latihan berkaitan pendidikan dan sokongan kerohanian boleh diintegrasikan bersama program latihan lain oleh semua jabatan dan unit dalam hospital.
- Jawatankuasa HMI hospital hendaklah memastikan latihan pendidikan dan sokongan kerohanian diperkukuhkan dalam setiap pasukan jagaan klinikal. Pegawai/sukarelawan bertanggungjawab perlu sedia dihubungi (available) untuk sokongan dan khidmat nasihat serta bantuan latihan.
- Maklumat asas berkaitan peranan penyedia dan prosedur rujukan perlu diberi kepada semua kakitangan kesihatan dan latihan lanjutan berdasarkan modul latihan diberi kepada kakitangan klinikal yang terlibat secara langsung dalam perawatan dan penilaian pesakit, mengenai:
- Polisi Program Hospital Mesra Ibadah.
- Garis Panduan Program Hospital Mesra Ibadah.
- Kaedah menilai keperluan pesakit, waris dan kakitangan kesihatan kepada khidmat penjagaan kerohanian.
- Pelan Komunikasi dan Makluman (Dissemination):
Aspek utama yang dipantau adalah:
ASPEK PEMANTAUAN
BUKTI
KEKERAPAN
PENYELARAS DAN PELAPOR
PENERIMA LAPORAN
Rujukan kepada Unit HMI untuk khidmat penjagaan ibadah pesakit dan kerohanian
Rekod simpanan Unit HMI
Audit Tahunan (2 kali setahun)
Jawatankuasa HMI
Pengerusi Jawatankuasa HMI/Pengarah Hospital
Latihan anggota dalam penjagaan ibadah pesakit dan kerohanian
Rekod latihan
Audit Tahunan (2 kali setahun)
Jawatankuasa HMI
Pengerusi Jawatankuasa HMI/Pengarah Hospital
Apabila pemantauan mengenal pasti kelemahan atau kekurangan, pelan tindakan akan disediakan.
Tajuk Tanggungjawab Bapa Selepas Kelahiran Muat Turun Adab Ziarah Pesakit Muat Turun Amalan Perdediaan Hadapi Kelahiran Muat Turun Anak Tidak Sah Taraf Muat Turun Doa Harian Pesakit Muat Turun Etika Bedah Saiasat Pesakit Menurut Islam Muat Turun Panduan Solat Wanita Hamil Muat Turun Panduan Tayamum Muat Turun Panduan Wuduk Water Spray Muat Turun Peranan Waris Menghadapi Pesakit Nazak Muat Turun Wanita dan Darah Muat Turun