Bahagian Kejuruteraan dan Penswastaan ditubuhkan di bawah Seksyen Operasi Hospital, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang berperanan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengawalselia pelaksanaan Perkhidmatan Sokongan Hospital oleh Syarikat Konsesi (Edgenta Mediserve Sdn Bhd) Selain daripada itu,khidmat nasihat dalam projek-projek pembangunan juga turut diberikan bagi memastikan setiap aspek teknikal adalah berpandukan kepada pematuhan terhadap arahan kerja serta prosedur yang betul. VISI Mengawalselia Perkhidmat Sokongan Hospital (PSH) serta memberikan perkhidmatan kejuruteraan secara profesional bagi memastikan kelancaran serta kesempurnaan operasi hospital. Bekerjasama erat dengan Edgenta MediServe Sdn Bhd dalam merangka dan mencari jalan penyelesaian ke atas permasalahanoperasi Hospital dan aset-aset Hospital secara kolektif dan efektif demi kepuasan pengguna dan pelanggan organisasi.
MISI Unit Kejuruteraan akan memastikan perkhidmatan yang berkualiti dengan: Memantau perlaksanaan Perkhidmat Sokongan Hospital (PSH) bagi Perkhidmatan Linen (LLS), Pembersihan (CLS), Pengurusan Sisa Klinikal (HWMS), Pengurusan Fasiliti (FMS), Kejuruteraan Fasiliti (FEMS) dan Kejuruteraan Biomedical (BEMS) agar ianya dilaksanakan mengikut Perjanjian Konsesi.
Unit Kejuruteraan