• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Kerja Sosial Perubatan

Unit Kerja Sosial Perubatan

  • Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan telah diperkenalkan di hospital-hospital di Malaysia pada tahun 1952 (Abdul Rahman Abdul Aziz, 2002).

    Pada peringkat awal perkhidmatan yang diberikan hanya berupa bantuan kewangan, oleh sebab itu jawatan ini dulu dikenali dengan

    nama “Lady Almoner”. Selari dengan perkembangan ini nama jawatan Pekerja Kebajikan Perubatan ditukar kepada Kerja Sosial Perubatan

    mengikut surat kelulusan JPA bil JPA(5)253/2/1/13klt. 85(16) 13 November 2002.Kerja sosial perubatan adalah merupakan satu bidang kerja

    sosial dalam institusi yang memberikan rawatan moden terhadap pelbagai penyakit. Ianya memberikan fokus kepada pesakit termasuk keluarga

    mereka yang mempunyai masalah psikososial yang berhubungkait dengan masalah perubatan atau masalah kesihatan. Perkhidmatan ini bertujuan

    untuk meningkatkan kefungsian sosial di kalangan pesakit dan keluarga mereka ke arah kesejahteraan sosial dan kesihatan masyarakat. Objektif

    Unit Kerja Sosial Perubatan adalah untuk membantu pesakit di dalam bidang psiko-sosial dan sosio-ekonomi supaya mereka dapat menjadi

    anggota masyarakat yang produktif dan berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakit.

  • VISI

    Unit kerja sosial perubatan akan menjadi pusat rawatan psikososial yang mampu memantapkan jiwa pesakit agar lebih berkeyakinan terhadap kewibawaan dan keupayaan diri supaya dapt kembali berfungsi dalam masyarakat

    MISI

    Untuk meningkatkan kesejahteraan hidup pesakit dan membantu mereka memenuhi keperluan sosial demi mewujudkan suasana yang kondusif.

  • PIAGAM PELANGGAN
    • Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan kerja social yang sewajarnya.
    • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur, dan ikhlas.
    • Setiap pesakit akan diberitahu tindakan dan prosedur yang akan di ambil bersesuaian dengan keperluan kes mereka.
    • Setiap pesakit yang memerlukan perkhidmatan khusus yang tiada di hospital ini, kes tersebut akan dirujuk ke agensi-agensi kerajaan dan NGO yang berkaitan bersesuaian dengan keperluan kes mereka.
    • Semua maklumat yang di beritahu oleh pesakit adalah rahsia, dan hanya akan diberitahu kepada pihak tertentu, tertakluk kepada keperluan dan undang-undang.
    • Tindakan dan rancangan yang akan di ambil ke atas semua kes yang dirujuk akan dimaklumkan kepada pegawai yang merujuk.
    • Semua kes yang dirujuk akan di ambil tindakan dalam masa 1 hari bekerja (24 jam).
  • OBJEKTIF KUALITI

    • Semua kes biasa yang dirujuk akan dilakukan intervensi dalam tempoh dua hari bekerja.
    • Bagi kes-kes yang memerlukan temu janji, intervensi akan dilakukan dalam tempoh tujuh hari bekerja.
    • Kes-kes yang memerlukan tindakan segera akan dilakukan intervensi pada masa yang sama sebaik sahaja pesakit dihantar ke unit ini.
  • FUNGSI UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN ADALAH:

    Terdapat dua jenis perkhidmatan sosial perubatan yang disediakan oleh Unit  Kerja Sosial Perubatan (UKSP). Perkhidmatan yang disediakan ini adalah

    berdasarkan bantuan yang diterima oleh pesakit seperti mereka memerlukan terapi sokongan ataupun bantuan praktik.Terdapat 13 kes yang telah dikenalpasti

    berada dalam kategori ini. Kes-kes tersebut adalah seperti mereka yang terdiri daripada pesakit kronik, mangsa keganasan rumah tangga, mangsa perkosaan,

    mereka yang cuba untuk membunuh diri, mereka yang mengalami kebimbangan ataupun kemurungan, mangsa HIV/ AIDS, pesakit mental ataupun psikiatri,

    kes kurang upaya, masalah ibu tanpa nikah,penganiayaan kanak-kanak, kanak-kanak terbiar, mereka yang mengalami masalah sokongan keluarga dan juga mereka

    yang mengalami kecacatan akibat kemalangan. Bagi kes yang dikategorikan dalam kumpulan bantuan praktik, antara bantuan yang diberikan dalah berupa bantuan 

    sosio-ekonomi, bantuan kewangan,bantuan alat perubatan, bantuan lat implan, bantuan tambang, mereka yang mengalami masalah dalam menjelaskan bil hospital.

    Selain itu juga, UKSP ini juga berfungsi untuk menyediakan laporan sosial, memberikan penempatan kerja dan juga penempatan institusi kepada mereka yang

    memerlukan.

    Fungsi-fungsi Lain:

    1. Unit Kerja Sosial Perubatan berperanan sebagai pakar rujuk kepada semua hospital jajahan yang memerlukan khidmat bidang kerja sosial perubatan
    2. Bertindak sebagai pensyarah perkhidmatan sosial kepada pelajar Kolej Jururawat
    3. Sebagai penceramah perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan

    Sebagai penyelia kepada siswazah sarjana Kerja Sosial Perubatan dan pelajar   ijazah sarjana muda dari universiti-universiti tempatan

  • A. PERKHIDMATAN KEPADA PESAKIT

    1. Pendaftaran kes dan menyimpan rekod pesakit-pesakit. 
    1. Menyiasat kes (psiko-sosial) supaya dapat menilai masalah yang timbul dengan Pegawai Perujuk (doktor), Jabatan Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat,
    2. keluarga pesakit, Majikan, Sekolah, Pegawai Pemulihan Dadah dan Pegawai Pemulihan Akhlak. 
    1. Mengadakan temubual dengan pesakit-pesakit untuk mendapatkan gambaran dan maklumat tentang pesakit dan penyakitnya. 
    1. Mengadakan sesi kaunseling individu dan kelompok dengan pesakit-pesakit dan keluarga (di hospital dan di rumah). Ini bertujuan untuk memberi
    2. kefahaman tentang masalah yang dihadapi oleh pesakit, rawtan pemulihan, kesan-kesan serta halangan terhadap proses pemulihan pesakit. 
    1. Membuat lawatan ke rumah pesakit-pesakit untuk 
    • Menilai keperluan pemulihan
    • Meningkatkan ‘social support’
    • Family Education
    • Mengenalpasti masalah-masalah sosial yang lain
    • Penyiasatan maklumat lanjut dan laporan sosial sebelum pesakit dikeluarkan dari wad.
    • Menyelia ‘social management’ selepas pesakit dikeluarkan dari hospital. 
    1. Menghadiri ward rounds bersama-sama dengan medical team dan berperanan sebagai anggota ‘multi-disciplinary team’ 
    • Memberi maklumat tentang latarbelakang sosial pesakit.
    • Berbincang langkah-langkah yang seterusnya dalam proses pemulihan pesakit.
    1. Bekerjasama dengan pakar,pegawai perubatan dan paramedic dalam rawatan dan pemulihan pesakit sejajar dengan konsep "total patient care".
    2. Memberi perkhidmatan kebajikan secara komprehensif dan berkesan  kepada pesakit dan keluarga.
    1. Membantu memulihkan semula dan memaksimakan kefungsian sosial pesakit, khususnya dalam bidang psikososial agar mereka dapat kembali
    2.  menjadi anggota masyarakat yang produktif dan berdikari
    B. MENGAJAR / MENYELIA LATIHAN
    •  Memberi ceramah kepada kakitangan hospital, pelajar-pelajar kejururawatan Basik dan Pos Basik tentang peranan Pegawai Kerja Sosial Perubatan
    • dalam pemulihan pesakit.
    •  Menyelia pelajar-pelajar dari universiti-universiti tempatan yang menjalani  latihan attachment di Hospital Ipoh bagi tempoh 2 minggu hingga 3 bulan.
    •  Memberi ceramah kepada komuniti atas jemputan tentang topik-topik sosial.

     

    C. PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

    •         Membuat penyelidikan tentang aspek-aspek psiko-sosial yang sering dialami oleh  pesakit-pesakit.
    •        Mengkaji selidik masalah-masalah penyakit sosial kini dan membentangkannya untuk  perbincangan dan penyelesaian.
  •  
     
     SETIAP HARI ISNIN HINGGA KHAMIS
    8.00 PAGI HINNGA 1 PTG
    1 PTG HINGGA 5 PTG
     
    SETIAP HARI JUMAAT
    8.00 PAGI HINGGA 12.15 TGH HARI
    2.45 PTG HINGGA 5.00 PTG