-
Visi Dan Misi
-
Objektif
-
Fungsi Unit
-
Piagam Pelanggan
-
Perkhidmatan Tambah Nilai
-
Carta Organisasi
VISI
Memastikan keselamatan perlindungan terjamin sepanjang masa bagi mengelakkan pelanggaran keselamatan dengan memberi khidmat nasihat berkaitan
sistem Kawalan Keselamatan Perlindungan dan Pengurusan Rahsia Rasmi Kerajaan berpandukan kepada peruntukan- peruntukan dalam Akta- akta berkaitan,
Arahan Keselamatan, Arahan Tetap Sasaran Penting dan Surat- surat Pekeliling yang berkuatkuasa bagi dipatuhi, diambil tindakan pencegahan, pembetulan
dan penambahbaikan secara berterusan.
MISI
Memberikan khidmat nasihat keselamatan perlindungan dan memastikan tugasan operasi yang ditetapkan oleh Pengarah Hospital Taiping berjalan lancar dan
sempurna sepanjang masa.
OBJEKTIF AM
Melaksanakan perkhidmatan keselamatan perlindungan secara profesional, cekap dan berkesan serta bertanggungjawab ke atas perancangan, pelaksanaan
program dan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi jabatan yang unggul, berhemah dan profesional. Kualiti untuk semua, Akauntabiliti bersama
sebagai teras perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pelanggan.
FUNGSI UNIT
- Bertanggungjawab kepada Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan dalam memberikan khidmat nasihat bagi memastikan kesempurnaan tugas keselamatan perlindungan;
- Bertanggungjawab kepada Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan dalam melaksanakan dan memastikan kesempurnaan tugasan operasi yang ditetapkan;
- Menasihat, membantu, memeriksa dan menyelaras semua aspek pengurusan dan kawalan keselamatan perlindungan fizikal yang merangkumi;
Akreditasi;
Kawalan kunci;
Sistem keselamatan;
Kelengkapan fizikal; dan
Kelengkapan Pengawal Keselamatan.
- Menasihat, membantu, memeriksa dan menyelaras semua aspek pengurusan dan kawalan keselamatan perlindungan, keselamatan dokumen, maklumat dan bahan;
Pengelasan;
Pengelasan semula;
Penyimpanan;
Pemeringkatan;
Pelupusan; dan
Pengurusan fail
- Menasihat, membantu, memeriksa dan menyelaras semua aspek pengurusan dan kawalan keselamatan perlindungan peribadi yang merangkumi;
Perlantikan Pegawai Keselamatan Jabatan dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan;
Perlantikan Pegawai Pengelas di bawah Seksyen 2B, Akta Rahsia Rasmi 1972;
- Mengenalpasti pemegang Jawatan Keselamatan Berjadual;
Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (sedang berkhidmat dan meninggalkan perkhidmatan);
Tapisan keselamatan;
Pemeriksaan penyalahgunaan dadah; dan
- Kempen kesedaran keselamatan.
- Menasihat, membantu, memeriksa dan menyelaras semua aspek pengurusan dan kawalan keselamatan perlindungan ICT;
Keselamatan pusat data;
Keselamatan fizikal dan persekitaran aset komputer; dan
- Kawalan akses pembekal ICT.
- Membantu dan menyediakan dan mengeluarkan arahan- arahan keselamatan perlindungan dari semasa ke semasa
- Membantu, memeriksa dan menjalankan siasatan dalaman ke atas pelanggaran keselamatan perlindungan, menyedia dan mengemukakan laporan kepada Ketua Perkhidmatan;
- Membantu dan menyelaras kelancaran pemeriksaan dan siasatan bersama pihak berkuasa berkaitan; dan
- Melaksanakan tugas-tugas lain seperti yang diarah oleh Ketua Jabatan atau Pegawai Keselamatan Jabatan dari semasa ke semasa.
KAMI BERJANJI AKAN MEMBERI PERKHIDMATAN BERKUALITI SEPERTI BERIKUT:
- Memberikan khidmat nasihat berkaitan keselamatan perlindungan meliputi keselamatan fizikal, dokumen dan personel kepada pelanggan dalam tempoh 1 hari bekerja selepas menerima pertanyaan;
- Memberikan perkhidmatan sokongan kepada stakeholders dan pelanggan secara responsif, cepat dan berintegriti tidak lewat daripada 3 hari bekerja;
- Menjalankan pemeriksaan terhadap sistem-sistem keselamatan perlindungan yang ada di Hospital Taiping yang meliputi sistem CCTV, Access Control System (ACS) dan Boomgate sekurang-kurangnya 2 minggu sekali;
- Menjalankan pemeriksaan operasi bagi Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Swasta (PKKS) sekurang-kurangnya 1 kali setiap seminggu;
- Memproses permohonan Pas Keselamatan dan Kad Akses dalam tempoh 1 hari bekerja dari tempoh permohonan diterima;
- Mengeluarkan surat penggilan mesyuarat 14 hari sebelum mesyuarat dijalankan;
- Menyediakan dan mengeluarkan minit mesyuarat dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat;
- Menyediakan dan mengeluarkan surat untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan perlindungan 14 hari sebelum pemeriksaan dijalankan;
- Menyediakan dan mengeluarkan laporan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pemeriksaan dijalankan.
PERKHIDMATAN TAMBAH NILAI
- Membantu menjalankan tugas penyelarasan parkir khas jawatan dan parkir khas aktiviti/program dalam Hospital Taiping.
- Membantu menjalankan tugas pemantauan kawalan lalu lintas/trafik di dalam kawasan hospital.
- Menjalankan tugas pemantauan berkenaan pengurusan & prestasi Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Swasta (PKKS), serta pemantauan pematuhan tender PKKS.
- Membantu menjalankan penilaian teknikal terhadap tender PKKS peringkat Jabatan Kesihatan Negeri(JKN), Perak.
- Membantu menjalankan siasatan berkaitan siasatan kehilangan aset
- Membantu membangunkan dan memberi latihan kesedaran keselamatan perlindungan dan memastikan menghadiri kursus- kursus yang ditetapkan;
- Membantu menyedia, melaksanakan dan memastikan bagi memastikan bagi menjamin keberkesanan Pelan Kontegensi Keselamatan;