Jabatan Farmasi

  • Jabatan Farmasi Hospital Taiping diselia oleh Ketua Pegawai Farmasi dan bertanggungjawab kepada Pengarah Hospital dalam pengendalian fungsi dan aktiviti farmasi.

  • VISI
     
    Membekalkan ubat yang efikasi, berkualiti dan selamat kepada pengguna.

     

    MISI

    Menerajui pengurusan ubat yang berkualiti melalui tenaga kerja yang profesional bagi menjamin kesihatan pengguna pada tahap optima

     

    OBJEKTIF

    1. Memastikan akses yang berterusan terhadap ubat berkualiti, selamat dan kos efektif.
    2. Memperkukuhkan kualiti dan penggunaan ubat secara rasional ke arah mendapatkan kesihatan yang lebih baik.
    3. Meningkatkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal selaras dengan panduan dan amalan yang terbaik

     

    PIAGAM PELANGGAN

    Jabatan Farmasi Pesakit Dalam berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan :

    1. Membekalkan butiran standard kepada pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepas pesanan lengkap diterima.
    2. Membekalkan butiran bukan standard kepada pemesan selepas pesanan lengkap diterima, tidak melebihi 7 hari bekerja selepas bekalan diterima daripada unit Farmasi Logistik.
    3. Memastikan pembekalan ubat ke wad/unit bagi preskripsi/pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 3 jam dalam waktu pejabat.
    4. Memastikan pesakit akan diberikan ubat-ubatan yang berkualiti, berkesan, selamat, lengkap dan berlabel serta diberikan penerangan yang jelas mengenai ubat-ubatan yang dibekalkan jika perlu.


    Jabatan Farmasi Pesakit Luar berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan :

    Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima bagi pesakit luar.

  • farmasi3