Perkhidmatan Pemulihan Carakerja telah dimulakan di hospital ini pada 1hb Januari 1989 dengan perkhidmatan sepenuh masa dalam bidang Pemulihan Psikososial. Dengan pertambahan anggota, skop perkhidmatan telah diperluaskan merangkumi Pemulihan Orthopedik,Perubatan, Paediatrik, Pembedahan, Kardiak, Kebakaran,Geriatric dan Spinal. Pemulihan Carakerja merupakan profesyen yang mempromosi pemulihandan kesihatan yang komprehensif. Matlamat utama adalah menggalakkan, memulihkan dan mengekalkan keupayaan kefungsian individu agar berdikari ke tahap optimum dan berfungsi dalam kehidupan seharian, sosial, pekerjaan serta aktiviti riadah mereka dengan menggunakanmedium rawatan aktiviti berterapeutik. Bermula Ogos 2014, unit ini mula beroperasi di Bangunan Klinikal Servis Blok (CSB). VISI Menawarkan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti dan berterusan kepada pelanggan dan dijalankan oleh anggota yang profesional dan bekerja dalam satu pasukan. MISI Memberikan Rawatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti dan berterusan kepada pesakit dalam dan luar. Pesakit akan dirawat dalam pesekitaran yang selamat menggunakan teknik-teknik rawatan dan teknologi sediada. Keperluan dan kerahsiaan pesakit sentiasa diutamakan oleh Anggota Pemulihan Carakerja yang profesional, penyayang dan bekerjasama dalam satu kumpulan. PIAGAM PELANGGAN - 95% pelanggan (pesakit dalam) yang dirujuk akan dirawat dalam masa 24jam waktu bekerja. - 95% pelanggan (pesakit luar) yang dirujuk akan dirawat dalam masa 3hari waktu bekerja. - Kami berjanji memberi layanan perkhidmatan yang mesra pelanggan, cepat dan prihatin. - Kami akan memberikan penerangan kepada pelanggan (pesakit/penjaga/waris terdekat) bagi setiap perkhidmatan yang disediakan - Kami akan merahsiakan maklumat peribadi dan perubatan dari pengetahuan umum dan hanya akan dimaklumkan kepada pihak tertentu tertakluk kepada kod etika perkhidmatan - Kami akan memastikan persekitaran dan peralatan pemulihan kami selamat digunakan sepanjang masa - Kami bersedia berkerjasama dengan pihak keluarga pelanggan, jabatan, agensi dan badan sukarela demi kebajikan pelanggan OBJEKTIF - Untuk mengalakkan dan meningkatkan kebolehan dan kefungsian individu dengan kecacatan/masalah fizikal dan psikologikal agar dapat berdikari dalam kehidupan seharian secara optima. - Mengekalkan dan meningkatkan kefungsian individu dengan masalah fizikal atau psikologikal mengunakan aktiviti rawatan terpilih dan bersesuaian yang akan di nilai secara berterusan - Memberikan rawatan Pemulihan Carakerja yang tepat, cekap, berkesan dan penyayang kepada pesakit. - Memastikan peralatan yang digunakan selamat dalam persekitaran yang bersih dan selesa sepanjang masa - Mengalakkan semua anggota kerja meningkatkan kecekapan dan kemajuan kerjaya melalui program CME dan CPD FUNGSI Tujuan utama perkhidmatan Pemulihan Carakerja ini ditawarkan kepada pesakit adalah untuk mempromosi dan menggalakkan proses pemulihan individu dari aspek fizikal dan psikologikal agar pesakit dapat menjalani kehidupan seharian ditahap optima dengan mengadaptasi persekitarannya. Di anggotai seramai 1 orang Pegawai Pemulihan Carakerja, 17 Jurupulih Perubatan Carakerja dan 3 orang Pembantu Perawatan Kesihatan. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti: Unit Pemulihan Carakerja beroperasi mengikut sistem temujanji yang diberikan kepada pesakit. HARI MASA Isnin- Khamis 8.00 pagi – 1.00 tghari 2.00 petang – 5.00 petang Jumaat 8.00 pagi – 12.15 tghari 2.45 petang – 5.00 petang
Unit Pemulihan Cara Kerja