my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Hospital Mesra Ibadah


  • Polisi Amalan
    1. Hospital Taiping melaksanakan Program Hospital Mesra lbadah (HMI) berdasarkan Manual HMI yang telah disediakan oleh pihak KKM.
    2. Pesakit yang dimasukkan ke hospital hendaklah diberikan orientasi HMI.
    3. Pelaksanaan HMI hendaklah selari dengan Polisi Hak Pesakit dan Keluarga Hospital Taiping yang menjaga dan mengawal hak dan tanggungjawab pesakit dan keluarga sepanjang rawatan, penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang disampaikan oleh pihak Hospital Taiping. 
  • Polisi Tempat Amalan
    1. Hospital Taiping hendaklah mempunyai ruang untuk beribadah dan infrastruktur yang sesuai dengan HMI.
    2. Tiada perlambangan, patung ataupun bau-bauan diletakkan di mana-mana bahagian di dalam wad, ruang ibadah dan lain-lain kawasan di fasiliti KKM bagi menjaga sensitiviti penganut agama-agama lain.
    3. Tempat penyimpanan mayat orang lslam dan orang bukan lslam hendaklah diasingkan.
    4. Tempat mandi jenazah orang lslam hendaklah diasingkan daripada jenazah orang bukan lslam.
    5. Terdapat perkhidmatan kereta jenazah orang lslam dan bukan lslam di Hospital Taiping 
  • Polisi Sumber Manusia
    1. Perkhidmatan Hospital Taiping hendaklah mempunyai Pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam yang ditempatkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
    2. Bilangan perjawatan Pegawai Hal Ehwal lslam JAKIM yang diperlukan Hospital Taiping mengikut bilangan katil adalah seperti yang ditetapkan di dalam Manual Hospital Mesra Ibadah 2018.
  • Polisi Kerjasama
    1. Jawatankuasa HMI boleh menjalinkan kerjasama berterusan dan bersesuaian dengan individu sukarelawan agama ataupun pertubuhan bukan kerajaan yang sah di peringkat komuniti termasuklah dalam aspek latihan. Perkhidmatan sukarelawan agama tertakluk kepada Garis Panduan Khidmat Sukarela Di Hospital hospital KKM 2016.

    2.  Sehingga tahun 2021, Jawatankuasa HMI Hospital Taiping bekerjasama dengan:
    1. Jawatankuasa Surau Hospital Taiping
    2. Majlis Agama Islam Negeri Perak
    3. Jabatan Agama Islam Negeri Perak
    4. Persatuan Islam Jabatan Perubatan, Kesihatan dan Pergigian Taiping (PERSIS)
    5. Rumah Ngaji cawangan Taiping
    6. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapiem)

  • Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah
    Jawatankuasa Hospital Mesra lbadah berperanan memudah cara dalam komunikasi di antara pihak hospital dan komuniti agama. Keanggotaan hendaklah merangkumi semua pihak berkepentingan.
    1. Penaung : Pengarah Hospital
    2. Pengerusi : Pegawai Kanan beragama Islam (lantikan penaung)
    3. Setiausaha : Pegawai Agama

Ahli Jawatankuasa:

  1. Timbalan Pengarah (Perubatan)
  2. Timbalan Pengarah (Pengurusan)
  3. Jawatan Kecil Latihan – Pegawai Perubatan, Ketua Penyelia Hospital, Ketua Penyelia Jururawat Hospital, Pegawai Psikologi dan Kaunseling
  4. Jawatan Kecil Promosi – Pegawai Pendidikan Kesihatan, Pegawai Perhubungan Awam, Wakil Sukarelawan Hospital
  5. Jawatankuasa Kecil Audit – Pegawai Perubatan, Ketua Unit Kualiti, Pegawai Kerja Sosial Perubatan
  • Catatan:
    1. Jawatan Penaung boleh dipegang oleh Pengarah Hospital yang bukan beragam Islam, namun bagi jawatan-jawatan lain hendaklah diisi oleh pegawai yang beragama Islam
    2. Pengisian ahli jawatankuasa adalah mengikut kesesuaian keadaaan semasa hospital.
  • Jawatankuasa Privileging Hospital Mesra Ibadah
    Jawatankuasa yang menetapkan pemberian privileging kepada anggota hospital sebagai PPMI dan liaison officer Program HMI.
    1. Penaung : Pengarah Hospital
    2. Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa HMI
    3. Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengerusi JK HMI
    4. Setiausaha : Pegawai Unit Hal Ehwal Islam Hospital
    5. Ahli JK : 3 pegawai HMI Educator ( sama ada Pegawai Perubatan, Jururawat atau Penolong Pegawai Perubatan )
  • Tanggungjawab Ahli JK Privileging HMI
    1. Menerajui dan melaksanakan aktiviti privileging program HMI di peringkat hospital
    2. Memantau dan menilai pelaksanaan dan keberkesanan program privileging hospital
    3. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau bergantung kepada permohonan dari kalangan anggota hospital
    4. Memberi kelulusan privileging selepas mendapat persetujuan ahli mesyuarat
    5. Menarik semula kelayakan privileging atas sebab-sebab tertentu merujuk kepada Panduan Privileging Pengurusan Ibadah Pesakit HMI tahun 2021.
    6. Meminda dan mengemaskini prosedur-prosedur di dalam buku log mengikut kesesuaian


TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA HOSPITAL MESRA IBADAH

  1. Menentukan hala tuju Program Hospital Mesra Ibadah.
  2. Menetapkan polisi, peraturan dan garis panduan.
  3. Menentukan peruntukan dan mengenal pasti sumber-sumber kewangan.
  4. Menetapkan kaedah pengiktirafan dan pensijilan.
  5. Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan

Infrastruktur
Setiap Wad mestilah mempunyai ruang solat yang bersih dan suci serta tanda arah kiblat.

Peralatan
Segala peralatan seperti Surah Yaasin/ Al-Quran, buku panduan Ibadah, Telekung/Kain pelikat/ Kopiah/Sjadah, botol spray (semburan ) Wuduk, debu tayammum hendaklah berada ditempat yang mudah untuk diakses.

Latihan
Pegawai yang terlibat akan diberikan latihan-latihan berkaitan ibadah secara berkala.






googlemap1

HOSPITAL TAIPING
Jalan Taming Sari
34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan

  05-8204000
   htaiping@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

057555
Today: 123
Total: 57,555

Latest Update

  • 11 May 2026

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video