my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Hari Keluarga Hospital Tapah 2024

Hari Keluarga Hospital Tapah 2024

08hb Jun 2024

“Kearah Keluarga Yang Sihat”


Kenangan sekitar penganjuran Sambutan Hari Keluarga Hospital Tapah 2024 di padang Hospital Tapah.
Program ini adalah anjuran bersama Kelab Sukan Dan Kebajikan Hospital Tapah, Kelab Kakitangan Pembantu Perawatan Kesihatan Hospital Tapah Dan Kelab Penolong Pegawai Perubatan Hospital Tapah bertemakan “Kearah Keluarga Yang Sihat” .


Program ini bertujuan bukan sahaja untuk bergembira, tetapi ia juga menjadi sebuah medium untuk kakitangan hospital tapah untuk merapatkan silaturahim diantara kakitangan dan keluarga dalam kesibukan berkerja. Keluarga yang sihat adalah merupakan tunggak penting dalam melahirkan individu dan komuniti sejahtera. Kesejahteraan individu secara psikologi, mental dan fizikal boleh membantu membina komuniti yang makmur dari segi sosial, ekonomi dan kesejahteraan ekologi manusia. Berdasarkan kajian literatur, Komuniti yang sihat sepenuhnya akan menghasilkan sebuah negara yang produktif serta melahirkan individu yang berada dalam keadaan tenang secara fizikal, psikologi dan mental. Hanya dengan keadaan sebeginilah komuniti bergerak ke arah yang lebih baik pada masa akan datang.


Terima Kasih dan syabas diucapkan kepada Pengarah Hospital Tapah Dr Gridhari Nath A/L Gingaiah selaku Penasihat, En Rosmaini Bin Ahmad selaku Penyelaras dan barisan AJK SAMBUTAN HARI KELUARGA serta KESUKEB, Kelab PPK, Kelab PPP dan Kelab Jururawat Hospital Tapah, para penyumbang serta kakitangan hospital tapah yang bersama-sama menjayakan program ini.

googlemap1

HOSPITAL TAPAH
Jalan Temoh
35000 Tapah, Perak Darul Ridzuan

  05-4011333
   hosptapah@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

Hari Ini: 4
Jumlah Keseluruhan: 18,750

Tarikh Kemaskini

  • 26 June 2026

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video