my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

PAMERAN KENALI UBAT ANDA

PAMERAN KENALI UBAT ANDA

29 JUN 2024

Unit Farmasi Hospital Tapah telah mengadakan pameran Kenali Ubat Anda pada 29 Jun 2024 sempena Program Kayuhan Madani anjuran Unit Kokurikulum UiTM Tapah dan Ibu Pejabat Polis daerah Tapah di Tasik Temoh, Perak.

Program ini telah disertai oleh orang awam dan juga pelajar-pelajar UiTM Tapah. Aktiviti yang dijalankan adalah pameran kenali ubat anda, pameran ubat berdaftar dan tidak berdaftar, penerangan info mengenai konsep 5B dan cara penyimpanan ubat.Aktiviti ini sedikit sebanyak diharapkan dapat memberi pendidikan dan pengetahuan mengenai penggunaan ubat yang betul dalam kehidupan seharian kita.

Selain itu, sesi soal jawab bersama peserta dan aktiviti kuiz kenali ubat anda juga dijalankan. Para peserta juga berpeluang memuat turun dan menggunakan aplikasi “FarmaChecker” yang digunakan untuk memastikan ketulenan hologram keselamatan “Farmatag” yang terdapat pada semua produk berdaftar di Malaysia.

Terima kasih kepada pihak UiTM Tapah dan Ibu Pejabat Polis daerah Tapah kerana menjemput Hospital Tapah untuk mengadakan pameran ini.

googlemap1

HOSPITAL TAPAH
Jalan Temoh
35000 Tapah, Perak Darul Ridzuan

  05-4011333
   hosptapah@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

Hari Ini: 4
Jumlah Keseluruhan: 18,750

Tarikh Kemaskini

  • 26 June 2026

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video