my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Garis Panduan Pengiktirafan “Bersih, Selamat Dan Sihat” (BeSS) Bagi Pengusaha Premis Makanan

04

Garis Panduan Pengiktirafan “Bersih, Selamat Dan Sihat” (BeSS) Bagi Pengusaha Premis Makanan

Pengiktirafan "Bersih, Selamat dan Sihat" atau BeSS adalah satu pengiktirafan yang diberikan kepada pengusaha premis makanan bagi menggalakkan pengusaha premis makanan menyediakan makanan yang selamat dan sihat kepada pelanggan. Ianya adalah satu program penambahbaikan terhadap program pemantauan sedia ada yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Secara umumnya, terdapat empat (4) kriteria utama yang perlu dipatuhi oleh pengusaha premis makanan sebelum mendapat pengiktirafan iaitu:

• Pengusaha premis makanan yang mengekalkan premis yang bersih;
• Pengusaha premis makanan yang menyediakan makanan yang selamat;
• Pengusaha premis makanan yang menyediakan makanan yang sihat;dan
• Pengusaha premis makanan yang menyediakan makanan dalam saiz hidangan yang betul mengikut keperluan individu.

Pengiktirafan ini melibatkan 2 komponen iaitu keselamatan dan kualiti makanan serta komponen pemakanan. Bagi mendapatkan pengiktirafan ini, pengusaha premis makanan haruslah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi kedua-dua komponen ini. Pengusaha premis makanan masih boleh menjual makanan mengikut resipi asal seperti sedia ada, sekiranya makanan yang dijual telah memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Muat turun: Garis Panduan Pengiktirafan "Bersih, Selamat Dan Sihat" (BeSS) Bagi Pengusaha Premis Makanan (PDF)
Lihat senarai pengusaha premis makanan di Negeri Perak yang mendapat kelulusan BeSS

googlemap1

HOSPITAL TAPAH
Jalan Temoh
35000 Tapah, Perak Darul Ridzuan

  05-4011333
   hosptapah@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 18
Jumlah Keseluruhan: 14,768

Tarikh Kemaskini

  • 19 Disember 2025

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |  SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video