Pada 21 Mac 2023 yang lalu, Komiti Medication Safety Unit Kejururawatan Hospital Teluk Intan (HTI) telah berjaya menganjurkan Kursus Medication Safety Bil 1/2023 peringkat Hospital Kluster Perak Selatan. Kursus ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Perubatan 1, Dr. Hjh Noor Azira Binti Haron. Beliau memberi sokongan dan pesanan kepada semua yang menyertai supaya sentiasa mematuhi SOP dalam pemberian ubatan kepada pesakit bagi memastikan keselamatan dan meningkatkan mutu perkhidmatan terhadap pesakit. Seramai 50 orang peserta dari Unit Kejururawatan Hospital Kluster Perak selatan terlibat menjayakan kursus ini. Terima kasih diucapkan.
FaLang translation system by Faboba