Sempena tahun 2024, Jabatan Pembedahan HTI telah mengorak langkah dengan memulakan rondaan wad pertama oleh Nutrition Therapy Team (NTT) HTI, yang pertama di Kluster Perak Selatan pada 2/1/2024.
NTT ini adalah 'multidisciplinary team' yang diketuai oleh Mr Hafiez dan disertai oleh MOs, pharmacists dan dietitians. Ia bertujuan untuk memastikan setiap pesakit yang menghidap MALNUTRISI mendapat terapi nutrisi yang betul dan selamat, melalui oral, enteral dan parenteral.
Sukacita dimaklumkan, NTT ini bukan hanya untuk pesakit-pesakit surgeri sahaja, malah ia terbuka kepada semua jabatan yg mempunyai pesakit-pesakit yang mengalami MALNUTRISI.
Rujukan boleh dibuat kepada Dr Ashok dan Dr Bhavani.
 
FaLang translation system by Faboba